Semakan e-Pangkat KPM Secara Online



Semakan e-Pangkat KPM Secara Online|APA itu sistem e-Pangkat KPM? e-Pangkat KPM dibina khas bagi menguruskan urusan kenaikan pangkat guru. Ianya dibina untuk mengelakkan sebarang keciciran dan pemudahcara dalam pengurusan. Kini, semakan e-Pangkat boleh dibuat secara online.

Artikel berkaitan:

Semakan e-Pangkat KPM Secara Online

Bagi memudahkan sistem kenaikan pangkat yang lebih tersusun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sistem ePangkat, di mana objektifnya adalah:

1. Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.

2. Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, dan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.

3. Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

4. Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemas kini dan melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat.

5. Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan terkemas kini bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.

Semakan e-Pangkat KPM Secara Online

Berikut dikongsikan semakan e-Pangkat KPM secara online:

1. Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Online Kenaikan Pangkat (e-Pangkat). Anda perlu mendaftar terlebih dahulu pada pautan di Pendaftaran e-Pangkat

2. Selepas mendaftar sistem e-Pangkat, barulah anda boleh login ke laman e-Pangkat

KLIK : Login e-Pangkat Secara Online

3. Kemudian, anda perlu isikan semua maklumat sepertimana yang diminta.

Untuk membuat semakan e-Pangkat KPM secara online boleh pergi ke laman web:
http://www.moe.gov.my/naikpangkat/

Sekiranya lupa kata laluan sila beri butiran berikut:

i. Nama Penuh
ii. No Kad Pengenalan
iii. Gred
iv. Gelaran Jawatan
v. Tempat Bertugas

Dengan menggunakan emel rasmi hantar ke epangkat@moe.gov.my

Tahniah dan syabas pada yang berjaya mendapat kenaikan pangkat KPM!

No comments

Powered by Blogger.