Jumlah Bantuan BR1M 2018 Bagi Semua Kategori



Jumlah Bantuan BR1M 2018 Bagi Semua Kategori|MAKLUMAN baik untuk anda, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan diberi kepada 7 juta penerima dengan kadar maksimum mencapai RM 1,200 menerusi Bajet 2018 Belanjawan Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017. Penerima dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai pemberian BR1M melalui laman portal rasmi ebr1m.hasil.gov.my|


Jumlah Bantuan BR1M 2018 Bagi Semua Kategori

Untuk makluman anda, jumlah pemberian bantuan telah dinaikkan untuk semua kategori penerima pada tahun lepas. Ini bermakna kadar bantuan BR1M akan kekal seperti tahun 2017.

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Setiap Kategori Penerima

Terdapat 4 kategori penerima BR1M 2018 dan kadar jumlah bantuan yang diterima:

1. Kategori e-Kasih

👉Kategori yang diperkenalkan sejak 2016
     yang berpendapatan bawah RM 1k
👉 Jumlah bantuan sebanyak RM 1,200

2. Kategori Pendapatan Bawah RM 3k

👉Bagi isi rumah yang berpendapatan
     bawah RM 3k
👉 Jumlah bantuan adalah RM 1,200

3. Kategori Pendapatan RM 3k hingga RM
    4k

👉 Bagi isi rumah berpendapatan RM 3,001
      hingga RM 4k
👉 Jumlah bantuan adalah RM 900

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan
    Bawah RM 2k

👉 Bagi individu bujang berumur 21 tahun
      ke atas dan pendapatan tidak melebihi
      RM 2k sebulan
👉 Jumlah bantuan adalah RM 450

Semoga pemberian BR1M 2018 ini dapat meringankan kos sara hidup anda!

No comments

Powered by Blogger.