Semakan Baki PTPTN 2020 Secara Online dan SMS
Semakan Baki PTPTN 2020 Secara Online dan SMS|ADAKAH anda pernah membuat pinjaman PTPTN untuk menyambung pengajian? Seperti sedia maklum, anda perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN setelah anda bekerja bagi membolehkan pelajar lain dapat kemudahan PTPTN untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA). Sebagai peminjam PTPTN, anda kini boleh membuat semakan baki PTPTN secara online dan SMS.
Artikel berkaitan:
Semakan Baki PTPTN 2020 Secara Online dan SMS
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan baki PTPTN secara online dan melalui SMS:
A) Semakan Secara Online
1. Anda perlu layari laman web rasmi
PTPTN seperti berikut:
KLIK: 👉 www.ptptn.gov.my
2. Klik ikon 'Penyata Pinjaman' pada link
berikut:
KLIK: 👉 epay.ptptn.gov.my/penyata
3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No.
Pinjaman PTPTN. Tekan pada butang
'Semak'.
4. Baki PTPTN anda akan tertera di paparan
anda.
B) Semakan Melalui SMS
1. Taipkan:
PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>No. Pin dan Hantar ke 15888
Cara Hubungi
Untuk makluman lanjut, sila dapatkan No. Pin atau No. Pinjaman dengan menghubungi talian hotline PTPTN di 03-2080 4455.
Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat semakan baki pinjaman PTPTN!
Post a Comment