Panduan Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020



Panduan Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020|UNTUK makluman anda, pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal diteruskan lagi pada tahun 2020 dengan dikekalkan kadar bantuan kewangan. Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara permohonan dan kemaskini BSH. Berikut dikongsikan cara permohonan baru dan kemaskini Bantuan Sara Hidup tahun 2020 buat panduan anda semua.

Panduan Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018

Sedia maklum, permohonan baru dan kemaskini Bantuan Sara Hidup terkini boleh dilakukan secara online dan melalui manual.

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2020

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Bantuan Sara Hidup tahun 2020:

◾Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
◾Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
◾Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
◾Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
◾Tidak termasuk pelajar yang diberi Kad Debit Pelajar

Permohonan BSH 2020 Secara Online

Berikut dikongsikan cara permohonan BSH 2020 secara online:

◾ Permohonan baru online dan kemaskini BSH 2019 akan dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/

◾ Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018. (TERKINI)

Permohonan BR1M 2020 Secara Manual (Guna Borang)

◾ Borang permohonan BRIM 2018 boleh didapati melalui Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan dan muat turun di portal rasmi e-BR1M.

◾ Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sempurna boleh dihantar ke Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC, Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum tarikh tutup.

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

Berikut dikongsikan DUA kaedah kemaskini maklumat BSH 2020:

1. Secara Online
◾Layari portal rasmi e-BR1M di
KLIK: 👉 https://ebr1m.hasil.gov.my/
◾Klik menu Kemaskini Permohonan
◾Masukkan No. MyKad dan klik   kemaskini Permohonan
◾Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.

2. Secara Manual
Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-

◾Pergi ke Portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun di menu Borang) ATAU
◾Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
◾Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penerangan.

Senarai Bank Pembayaran BSH 2020

Berikut adalah senarai bank untuk pembayaran BSH 2020 untuk rujukan anda:

1. AFFIN BANK
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10. CIMB BANK BERHAD
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. HONGKONG SHANGHAI BANK
      MALAYSIA BHD
14. MAYBANK
15. OCBC BANK
16. PUBLIC BANK BERHAD
17. RHB BANK BERHAD
18. STANDARD CHARTERED BANK
      MALAYSIA BHD
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA)
      BERHAD

Cara Hubungi

Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Selamat membuat permohonan baru dan kemaskini BSH tahun 2020!

3 comments:

Powered by Blogger.