Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama 2020 Online



Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama 2020 Online|APA itu Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)? Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik dengan memberi bantuan bayaran deposit sekaligus meringankan bebanan rakyat. Permohonan baru Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama seperti diperuntukkan dalam Bajet 2018 akan dibuka mulai 15 Disember 2017 hingga 15 Februari 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama 2018 Online

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM 10,000 dan ke bawah.

Tarikh Rasmi Permohonan MyDeposit 2020

◾ Tarikh Dibuka: 15 Disember 2017
◾ Tarikh Ditutup: 15 Februari 2018

Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama 2020 Online

◾Pemohon boleh membuat permohonan secara online (atas talian) menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 Daftar atau Log Masuk untuk memohon

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah MyDeposit

Antara syarat kelayakan permohonan MyDeposit adalah seperti berikut:

◾Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;
◾Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah:
◾Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
◾Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
◾Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

◾Projek perumahan baru yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
◾Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
◾Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.


Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online

Cara Hubungi

Sebarang maklumat rasmi berhubung dengan Skim MyDeposit, sila layari laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara:
KLIK 👉 Sistem Pengurusan Perumahan Negara

Selamat membuat permohonan Skim MyDeposit tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.