Cara Daftar dan Semakan ASB Online Melalui Portal MyASNB



Cara Daftar dan Semakan ASB Online Melalui Portal MyASNB|UNTUK makluman anda, kini Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah memperkenalkan pilihan buat pelabur untuk urusan urusniaga tanpa buku pelaburan. Pelabur hanya membawa kad pengenalan sebagai pengenalan diri semasa berurusan dengan pihak ASNB.

Artikel berkaitan:
👉 Kadar Bayaran Dividen dan Bonus ASB ASN

Cara Daftar dan Semakan ASB Online Melalui Portal MyASNB

Dengan kemudahan yang ada, semakan boleh dilakukan samada di kaunter dan juga secara online melalui portal MyASNB. Selain semakan untuk ASB, portal ini memberi akses kesemua produk ASNB iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASG, ASM, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASD.

Sebelum anda mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan ASNB, anda perlu mendaftar terlebih dahulu melalui pautan berikut:

KLIK: 👉 www.myasnb.com.my

Cara Daftar dan Semakan ASB Online Melalui Portal MyASNB

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun MyASNB:

1. Anda perlu pergi ke cawangan atau ejen
    ASNB untuk dapatkan No. Akaun 12 
    Digit. Anda akan menerima No. TAC 
    semasa mendaftar.

2. Kemudian, pergi ke laman sesawang
    di www.myasnb.com.my

3. Klik pada butang hijau 'DAFTAR DISINI'.

Cara Daftar dan Semakan ASB Online Melalui Portal MyASNB

4. Isikan segala maklumat yang
    dikehendaki. Setelah siap pendaftaran,
    Kata Laluan Sementara akan diberikan.

5. Selepas itu, log masuk kali pertama
    dengan menggunakan ID Pengguna dan
    Kata Laluan Sementara. Tukar kepada
    kata laluan yang baharu.

6. Barulah anda login semula dengan
    menggunakan kata laluan yang baharu
    untuk mengakses.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat untuk ASNB di talian 03 - 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my

Selamat membuat pendaftaran dan semakan akaun simpanan ASNB secara online!

No comments

Powered by Blogger.