Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BSH 2020 Online



Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BSH 2020 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan dan kemaskini BSH 2020? Bagaimana cara membuat permohonan baru BSH tahun 2020? Untuk makluman anda, permohonan baru dan kemaskini boleh dilakukan secara online dan melalui manual. Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Januari 2019 menerusi Portal Rasmi BSH.

Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BR1M 2018 Online

UNTUK makluman anda, pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal diteruskan lagi pada tahun 2019 dengan dikekalkan kadar bantuan kewangan.

Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BSH 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh permohonan, cara dan aplikasi permohonan:

◾ Permohonan baru dan kemaskini BSH 2020 boleh dibuat secara online di https://bsh.hasil.gov.my/

Permohonan BSH 2019 Secara Manual (Guna Borang)

◾ Borang permohonan BSH 2019 boleh didapati melalui Pejabat Cawangan dan  Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam  Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan dan muat turun di portal rasmi e-BR1M.

◾ Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sempurna boleh dihantar ke Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC, Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum tarikh tutup.

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

Berikut dikongsikan DUA kaedah kemaskini maklumat BSH:

1. Secara Online

◾Layari portal rasmi e-BR1M di
KLIK: 👉 https://bsh.hasil.gov.my/
◾Klik menu Kemaskini Permohonan
◾Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
◾Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan
maklumat anda.

2. Secara Manual

Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-

◾Layari ke Portal rasmi BSH menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my/ (muat
turun di menu Borang) ATAU
◾Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
◾Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penerangan.

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2020

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BSH 2020:

◾Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
◾Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
◾Warga emas sebatang kara (berumur 60  tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
◾Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
◾Tidak termasuk pelajar yang diberi Kad Debit Pelajar

Artikel Berkaitan:
👉 Semakan Status Bantuan Sara Hidup

Cara Hubungi

Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Selamat membuat permohonan baru dan kemaskini BSH tahun 2020!

No comments

Powered by Blogger.