Permohonan dan Contoh Surat Rayuan Haji Tahun 2024/1445H (Semakan)



Permohonan dan Contoh Surat Rayuan Haji Tahun 2024/1445H (Semakan)|ADAKAH anda telah membuat permohonan haji bagi tahun 2024/1445 H? Adakah anda telah membuat semakan tawaran haji secara online? Bagi pemohon yang status tidak berjaya atau tidak lulus mendapat tawaran haji tahun 2024 pemohon boleh membuat permohonan rayuan haji bagi tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan rayuan Haji 2024 boleh dibuat secara online mulai 26 Januari 2024 menerusi Portal Rasmi Thijari dan Aplikasi Thijari. Berikut dikongsikan Permohonan dan Contoh Surat Rayuan Haji 2024/1445 H buat rujukan anda.

Permohonan dan Contoh Surat Rayuan Haji Tahun 2024/1445H (Semakan)


Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran Haji tahun 2024 anda boleh membuat rayuan dengan alasan yang kukuh dan munasabah beserta format surat rasmi yang lengkap.

Permohonan dan Contoh Surat Rayuan Haji Tahun 2024/1445H (Semakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan rayuan Haji tahun 2024 termasuk contoh surat rayuan dan semakan rayuan:

Contoh Kepala Surat

Tarikh:                                 

Nama:
No. KP:
Alamat Surat Menyurat:

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MEMPEROLEH PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1445H/ 2024M

NAMA:                      
NO. AKAUN TABUNG HAJI:                      
NAMA (SUAMI):                     
NO. AKAUN TABUNG HAJI:                      

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas,

Apabila siap tulis surat, hantarkan ke alamat seperti dalam surat tersebut atau hantar by hand ke cawangan Pejabat Tabung Haji yang berdekatan anda.

Contoh Rayuan dan Alasan

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas.

2. Saya telah membuat pendaftaran haji dan disenaraikan pada tahun 20xxM/ 14xxH. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap dan merayu dengan sepenuh hati saya untuk meminta jasa baik pihak tuan agar memberi peluang kepada saya dan suami menunaikan fardhu haji pada tahun 2024 M.

3. Ini adalah kerana (dibawah ini adalah
contoh saya)

a) Ketika ini kami dikurniakan kesihatan yang baik dan masih muda. Jadi dengan ini kami mengambil masa untuk menunaikan haji pada tahun 2024M.

b) Selain itu, kami juga berkemampuan
dari segi kewangan dan akaun tabung haji kami telah mencukupi.

4. Kerjasama dan jasa baik tuan amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang Benar,

......................................
SALAMIAH BINTI ABDUL RAHMAN
(No. KP:                      )
......................................
RAIF BIN ABDULLAH
(No. KP:                      )

Info Penting:
Untuk makluman anda, rayuan dan alasan yang dikongsikan ini hanyalah salah satu contoh yang munasabah. Pemohon boleh membuat pelbagai alasan selagi ia masih kukuh dan munasabah. Janganlah sesekali menipu dalam memberi alasan!

Cara Permohonan Rayuan Haji Tahun 2024 Online

1. Permohonan rayuan haji bagi tahun 1445H/2024M akan dibuka mulai 26 Januari 2024.

2. Login ke THiJARI. Pilih Menu Perkhidmatan Haji. Pilih Menu Rayuan Haji.

3. Kemudian, baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan. Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.

4. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.

5. Klik pada ruangan Berikutnya. Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.

6. Seterusnya, Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.

7. Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.

8. Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke emel pemohon.

Kategori & Contoh Alasan Rayuan

Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:

- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri untuk mengikut suami Terpilih
- Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal haji Mualaf
- Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
- Bakal haji Daftar lama

Artikel Berkaitan:

👉 Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji
👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Rayuan Haji, sila lawati laman web di www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Semoga perkongsian ini dijadikan rujukan buat bakal jemaah haji untuk membuat permohonan Rayuan Haji! Selamat mencuba dan semoga anda berjaya!

Sumber: TH

No comments

Powered by Blogger.