Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2024 Online (RMMJ)



Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2024 Online (RMMJ)|ADAKAH anda penduduk asal dan menetap di negeri Johor? Apa itu Skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)? Untuk makluman anda, skim RMMJ dibuka kepada rakyat Johor atau yang telah menetap di Johor lebih dari 5 tahun dan berumur dari 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM 8,000. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor RMMJ 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online

Sedia maklum, terdapat TIGA jenis rumah yang ditawarkan dalam skim ini iaitu Rumah Komuniti Jenis A RM 42,000, Rumah Komuniti Jenis B RM 80,000 dan Rumah Komuniti Jenis C RM 150,000 - RM 220,000.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2024 Online (RMMJ)

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan RMMJ 2024 Online

A. Secara Online

1. Pemohon hendaklah mendaftar akaun
    baru bagi yang belum mempunyai akaun
    melalui pautan berikut:
KLIK 👉 eRumah Johor

2. Kemudian, login akaun SUKJ, kemaskini
    akaun dan maklumat peribadi yang
    tepat.

3. Pilih Mukim dan Kategori Rumah dan 
    hantar permohonan.

4. Hanya pemohon yang layak sahaja akan
    diberi pemberitahuan serta membawa
    dokumen penting.

B. Secara Manual

1. Bagi yang ingin mengisi borang secara manual, anda perlu muat turun melalui link seperti berikut:

KLIK 👉 Borang Manual Rumah Mampu Milik Johor

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2024

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan RMMJ 2024:

◾Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
◾Berkahwin/Bujang layak memohon
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
◾Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
◾Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
◾Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Slip Gaji
◾Surat Pengesahan Kerja

Dokumen-dokumen sokongan dan akuan sumpah perlu dihantar ke Pej.SUK Perumahan Iskandar Puteri, UTC Galeria@Kotaraya ataupun Cawangan Pej.Perumahan di daerah-daerah.

Borang Baucer RM 1,000 RMMJ

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online

1. Anda perlu mengisi borang baucer RM
    1,000 dengan muat turun borang DISINI.

2. Baucer ini akan diberi semasa pembeli
    mengambil kunci rumah yang ingin
    diduduki.

3. Baucer tersebut boleh dituntut daripada
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
    (Bahagian Perumahan).

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor
👉 Permohonan Rumah Transit Belia Johor

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RMMJ, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor

Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Selamat membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran RMMJ!

No comments

Powered by Blogger.