Permohonan Rumah Selangorku LPHS 2020 Online (Cara Kemaskini)



Permohonan Rumah Selangorku LPHS 2020 Online (Cara Kemaskini)|ADAKAH anda berkelayakan dan berminat membuat permohonan Rumah Selangorku tahun 2020? Bagaimana cara membuat permohonan Rumah Selangorku LPHS tahun 2020 secara online? Untuk makluman anda, permohonan Rumah Selangorku 2020 boleh dibuat secara online menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rumah Selangorku 2020 buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor

Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online

Sedia maklum, kategori Rumah Selangorku iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Mampu Milik. Bagi warga Selangor yang layak, boleh memohon Skim Rumah Selangorku bernilai tidak melebihi RM 250,000 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online

Permohonan Rumah Selangorku LPHS 2020 Online (Cara Kemaskini)

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan skim Rumah Selangorku termasuk syarat kelayakan permohonan dan cara kemaskini:

Cara Permohonan Rumah Selangorku 2020 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara online di laman web rasmi LPHS seperti berikut:
KLIK 👉 LPHS SELANGOR

2. Bagi pemohon baru boleh membuat pendaftaran di DAFTAR NEW USER.

3. Pemohon juga boleh mengisi borang secara manual di:
KLIK 👉 BORANG PERMOHONAN MANUAL

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Selangorku 2020

Berikut dikongsikan syarat permohonan Rumah Selangorku 2020:

◾Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
◾Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
◾Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
◾Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
◾Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
◾Pemohon atau pasangan belum memiliki  rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
◾Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
◾Pembelian rumah untuk didiami dan  bukan untuk disewa.
◾Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU


Dokumen Penting Yang Diperlukan

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

◾Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
◾Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
◾Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
◾Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
◾Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; Penyata KWSP (jika ada);  dan
◾Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Cara Kemaskini Rumah Selangorku 2020

*Akan dikemaskini

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB

Semoga membuat Permohonan Rumah Selangorku LPHS tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku!

No comments

Powered by Blogger.