Permohonan Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050



Permohonan Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050|APA itu skim ADAM50? Adakah anda layak memohon Skim ADAM50? Bagaimana cara memohon Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050? ADAM50 merupakan skim Amanah Anak Dana Malaysia 2050 yang diumumkan baru-baru ini oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan Bajet 2018. Berikut dikongsikan cara permohonan Skim ADAM50 untuk panduan anda semua.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB Online

Permohonan Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050

Untuk makluman anda, bagi bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima RM 200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim yang terbaru diperkenalkan ini adalah bagi menjamin masa depan generasi TN50. Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Permohonan Skim ADAM50 Amanah Anak Dana Malaysia 2050

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan:

Tarikh Permohonan Skim ADAM50

◾Bermula dari 1 Januari 2018

Cara Pendaftaran Skim ADAM50

Berikut dikongsikan cara pendaftaran Skim ADAM50 untuk panduan anda:

◾ Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh
     membuat permohonan melalui
     cawangan ASNB atau mana-mana ejen
     ASNB di seluruh negara:
👉Maybank
👉Maybank Islamic
👉CIMB
👉CIMB Islamic
👉RHB
👉RHB Islamic
👉Pos Malaysia
👉Bank Simpanan Nasional (“BSN”)*
👉Affin Bank
👉Alliance Bank*
👉AmBank
👉AmBank Islamic

◾ Pendaftaran hendaklah dibuat dalam
     tempoh masa setahun selepas tarikh
     lahir bayi tersebut.

Senarai Dokumen Diperlukan

◾Pengenalan diri (MyKad) Ibu/ bapa/
     penjaga berdaftar
◾Pengenalan diri (MyKid) bayi atau sijil
     kelahiran
◾Sebarang dokumen sokongan seperti
     Surat Pertalian Darah, perintah
     mahkamah atau lain-lain jika penjaga
     pendaftar bukan dalam kalangan ibu            atau bapa bayi

Syarat Kelayakan Pendaftaran Skim ADAM50

Antara syarat kelayakan pendaftaran Skim ADAM50 adalah seperti berikut:

◾ Warganegara Malaysia
A) Bumiputera - ASB
B) Bukan Bumiputera - AS 1 Malaysia
◾Ibu bapa atau penjaga berdaftar
     hendaklah berumur 18 tahun dan ke
     atas sewaktu pendaftaran dibuat
◾Bayi lahir dalam tempoh masa 1 Januari
     2018 sehingga 31 Disember 2022

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai Skim ADAM50, sila rujuk kepada Portal Rasmi ASNB.

Selamat membuat permohonan Skim ADAM50 secara online! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.