Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2021



Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2021|ADAKAH anda telah gagal dalam permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) tahun 2021? Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke KV dan SMT? Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan dan berdasarkan Aliran Perdana dan Aliran PAV. Berikut dikongsikan Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT tahun 2021 buat rujukan anda.

Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2018

Untuk makluman anda, semakan keputusan KV dan SMT tahun 2020 boleh dibuat mulai 15 hingga 22 Januari 2018. Pemohon yang berjaya dalam rayuan akan dihubungi oleh institusi KV dan SMT dimana tempat pelajar memohon.

Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh surat permohonan rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi yang gagal dalam permohonan:

Permohonan Rayuan KV dan SMT 2021

1. Permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT 2018 boleh dibuat mulai 24 hingga 28 Januari 2018.
2. Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT seperti berikut:
◾Borang walk-in / rayuan
◾Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
◾Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Contoh Surat Permohonan Rayuan KV dan SMT

Nama Pemohon/Pelajar

Alamat Surat Menyurat

Pengetua Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik (sila nyatakan nama KV dan SMT)

Alamat lengkap KV dan SMT yang dipohon

Tarikh

Tuan/Puan,

Per: Permohonan Rayuan Kemasukan ke Kolej Vokasional _______/ dan Sekolah Menengah Teknik _______ Sesi Kemasukan 2020 Tingkatan 4

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permohonan rayuan kepada pihak Tuan/Puan dalam mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional ______/ Sekolah Menengah Teknik _______ Tingkatan 4 ambilan 2020.

2. Dalam keputusan peperiksaan PT3 tahun 2019 yang lepas, saya telah mendapat keputusan peperiksaan _______ (nyata keputusan pemohon dapat)

3. Butir-butir permohonan rayuan saya adalah seperti berikut:
Nama pemohon: Nama Pelajar
Sekolah: Nama sekolah dulu
No. Kad Pengenalan: __________
Angka Giliran: ___________

4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan dokumen yang diperlukan iaitu Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk rujukan pihak tuan/puan.

5. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki kolej/sekolah tuan/puan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

____________________ (Tandatangan)
(NAMA PENUH PELAJAR)

Selamat membuat permohonan rayuan KV dan SMT 2021! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KV dan SMT!

No comments

Powered by Blogger.