Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2020/2021 Online
Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2020/2021 Online|BILAKAH tarikh permohonan murid tahun 1 sesi 2020/2021 dibuka? Perhatian buat ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke tahun 1 sesi 2020/2021. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2020 dan 2021 boleh dibuat secara online bagi Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dilakukan secara hadir sendiri (walk-in).
Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Tahun 1 ambilan 2020/2021 akan dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2019.
Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2020/2021 Online
Berikut dikongsikan cara pendaftaran murid tahun 1 sesi 2020/2021 secara online:
A. Semenanjung Malaysia
Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Pemohon perlu layari laman web melalui
pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://public.moe.gov.my/
2. Login menggunakan No. Kad
Pengenalan dan Kata Laluan.
3. Kemudian, isikan maklumat borang
pendaftaran seperti maklumat
prasekolah/tadika, profil kesihatan dan
rekod imunisasi anak.
4. Cetak borang yang telah lengkap diisi
bersama dokumen yang diperlukan.
5. Ibu bapa perlu membawa cetakan
borang permohonan ke sekolah yang
dipohon untuk proses Perakuan. Antara
dokumen-dokumen yang perlu dibawa
(dokumen asal + 1 salinan):
◾Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
◾Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
◾Surat nikah/ surat cerai
◾Bil yang mempunyai alamat tempat
tinggal
◾Laporan doktor & kad OKU (jika
berkaitan)
B. Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan
Permohonan ke Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah untuk mengisi borang.
Tempoh Permohonan Pendaftaran Dibuka
◾ Tarikh Dibuka: 1 Mac 2019
◾ Tarikh Ditutup: 30 April 2019
◾ Kemasukan tahun 2019 adalah bagi
kanak-kanak warganegara Malaysia
yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1
Januari 2013.
◾Kemasukan tahun 2020 adalah bagi
kanak-kanak warganegara Malaysia
yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1
Januari 2014.
Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2020 Online
Semakan keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos.
Selamat membuat pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2020/2021 secara online!

Post a Comment