Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online (Harga Renew Permit)



Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online (Harga Renew Permit)|APA itu Sistem MAID Online (SMO)? Adakah anda berminat membuat permohonan pembantu rumah asing baru tahun 2024? Bagaimana cara mohon pembantu rumah asing MAID secara online? Menerusi pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, majikan boleh membuat permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara online mulai 1 Januari 2018. Berikut dikongsikan Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2018 Online

Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online (Harga Renew Permit)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pembantu Rumah Asing MAID termasuk harga renew permit, syarat kelayakan dan prosedur pengambilan:

Cara Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) 2024 Online

1. Menerusi sistem ini, majikan boleh mengemukakan permohonan secara terus dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan di https://maid-online.imi.gov.my

2. Majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada 9 buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.

3. Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan Permohonan MAID 2024

Antara syarat kelayakan MAID adalah seperti berikut:

1. Bakal PRA mestilah perempuan yang
    berumur tidak kurang daripada 21 tahun
    dan tidak melebihi 45 tahun semasa
    permohonan.

2. Bakal PRA mesti diambil daripada
    sembilan negara sumber yang
    dibenarkan seperti berikut:
1) Indonesia
2) Filipina
3) Sri Lanka
4) Thailand
5) India
6) Lao
7) Nepal
8) Vietnam
9) Kemboja

3. Bakal PRA hendaklah bebas daripada
    senarai syak dan senarai hitam Jabatan.

4. Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan
    Kerja Sementara (PLKS) yang aktif
    dengan majikan lain.

Syarat Kelayakan Majikan

Antara syarat kelayakan majikan adalah seperti berikut:

1. Majikan mestilah terdiri daripada
    warganegara Malaysia atau penduduk
    tetap Malaysia sahaja.

2. Majikan mestilah terdiri daripada suami
    dan isteri yang mempunyai:
1) Anak berumur di bawah usia 15 tahun
    (yang memerlukan jagaan dan
    perhatian).
2) Anak kelainan upaya (tiada had umur).
3) Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.
4) Ibu bapa yang uzur/ sakit atau
5) Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit
    (adik beradik, datuk atau nenek sahaja).

3. Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli
    keluarga yang uzur/ sakit, surat
    pengesahan daripada pegawai pakar
    perubatan adalah diperlukan. Majikan
   yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga
   ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah
   mengemukakan bukti pertalian secara
   jelas.

4. Permohonan PRA bagi tujuan menjaga
    ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah
    terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang
    tidak mempunyai pendapatan tetap
    sahaja.

5. Kelayakan pendapatan bulanan majikan
    adalah berdasarkan kepada jumlah
    pendapatan suami dan isteri. Kelayakan
    pendapatan isi rumah majikan adalah
    antara RM 3,000 hingga RM 5,000
    (mengikut negara sumber).

6. Majikan yang terdiri daripada suami dan
    isteri hanya boleh menggaji seorang PRA
    sahaja pada satu-satu masa.

7. Bagi permohonan PRA yang
    dikemukakan oleh pasangan suami/
    isteri, keutamaan hendaklah diberi
    supaya nama suami digunakan sebagai
    majikan utama.

8. Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi
    syarat dan mempunyai kelayakan
    pendapatan dibenarkan untuk
    menggajikan PRA. Bagi majikan yang
    berstatus bujang dibenarkan untuk
    menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu
    bapa sakit/ uzur sahaja.

9. Majikan berikut tidak layak
    dipertimbangkan untuk mendapat
    kemudahan PRA:
1) Diisytiharkan muflis oleh pihak
     berkuasa.
2) Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga
     Kerja; atau
3) Mempunyai kes-kes yang belum
     diselesaikan dengan Jabatan Imigresen
     Malaysia

10. Majikan beragama Islam hanya
      dibenarkan menggaji PRA yang
      beragama Islam sahaja.

11. Majikan hendaklah melengkapkan
      kontrak kerja antara majikan dengan
      PRA. Sekiranya permohonan
      dikemukakan oleh pasangan suami/
      isteri, kontrak kerja hendaklah
      dilengkapkan oleh majikan utama.

Dokumen Diperlukan Permohonan Pembantu Rumah Asing

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA):

1. Borang permohonan PRA
2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
3. Borang Personal Bond yang dimatikan
    setem RM10.00
4. Perjanjian Pekerjaan di antara majikan
    dan PRA yang dimatikan setem RM10.00
    (1 set asal dan 1 set salinan)
5. Salinan kad pengenalan majikan (suami
    dan isteri)
6. Salinan pasport PRA
7. Laporan perubatan bakal PRA dari
    negara asal oleh panel yang dilantik oleh
    Kementerian Kesihatan Malaysia
8. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
9. Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan
    terkini) ATAU
10. Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah
      terima beserta slip bayaran
11. Sijil perkahwinan (bagi permohonan
      kali pertama sahaja)

Prosedur Pengambilan PRA Secara Online

Antara prosedur pengambilan PRA adalah seperti berikut:

A. Prosedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah:

Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2018 Online

B. Prosedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang telah tinggal lebih masa:


Harga Renew Permit Pembantu Rumah 2024

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan MAID, boleh berhubung terus melalui:

Unit Pembantu Rumah Asing,
Jabatan Imigresen Malaysia,
No.15, Tingkat 2 (Podium),
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550, Putrajaya

Tel: 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing)
Email: admin_maidonline@imi.gov.my

Selamat membuat permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.