Permohonan Skim MyHome 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Skim MyHome 2020 Online (Semakan Status)|APA itu Skim MyHome? Sedia maklum, Skim MyHome adalah program perumahan yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB

Permohonan Skim MyHome 2018 Online

Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Permohonan Skim MyHome 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim MyHome beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    Sistem Pengurusan Perumahan Negara
    seperti berikut:
KLIK 👉 https://sprn.kpkt.gov.my/

2. Bagi yang ingin muat turun borang
    permohonan online Skim MyHome, sila
    klik Borang Permohonan Pemaju/Projek 
    Skim MyHome.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim MyHome 2020

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pembelian rumah pertama
◾Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah; dan
◾Pendapatan isi rumah perlu mengikut  ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
◾Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju  Perumahan berkaitan.

​Ciri-Ciri Rumah Mampu Milik Skim MyHome 

Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome adalah seperti berikut:

1. MyHome 1
Harga Pasaran: RM 80,000 - RM 120,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 50,000 - RM 90,000
Keluasan Minimum (kps): 800
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 3,000 - RM 4,000

2. MyHome 1 (Sabah & Sarawak)
Harga Pasaran: RM 90,000 - RM 120,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 60,000 - RM 90,000
Keluasan Minimum (kps): 800
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 3,000 - RM 4,000

3. MyHome 1 (WP Kuala Lumpur)
Harga Pasaran: RM 80,000 - RM 150,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 50,000 - RM 120,000
Keluasan Minimum (kps): 800
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 3,000 - RM 4,000

4. MyHome 2
Harga Pasaran: RM 120,001 - RM 200,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 90,001 - RM 170,000
Keluasan Minimum (kps): 850
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 4,001 - RM 6,000

5. MyHome 2 (Sabah & Sarawak)
Harga Pasaran: RM 120,001 - RM 250,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 90,001 - RM 220,000
Keluasan Minimum (kps): 850
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 4,001 - RM 6,000

6. MyHome 2 (WP Kuala Lumpur)
Harga Pasaran: RM 150,001 - RM 300,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 120,001 - RM 270,000
Keluasan Minimum (kps): 850
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 4,001 - RM 6,000

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke Sistem MyHome bagi pemohon dan pasangan (jika berkenaan):

◾Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
◾Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
◾Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
◾Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
◾Salinan surat pengesahan majikan
◾Salinan penyata gaji terbaru
◾Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
◾Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
◾Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
◾Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel: 603 - 8891 4027/4020/4054/4316

Selamat membuat permohonan Skim MyHome tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.