Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2020 Online



Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2020 Online|ADAKAH anda penuntut asal dari negeri Selangor? Bilakah tarikh Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tahun 2020 boleh dipohon? Perhatian buat anak kelahiran Selangor yang ingin membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2020 dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Februari 2019.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 Online

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan, syarat kelayakan, kadar pinjaman serta kaedah pembayaran:

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2020

1. Pemohon perlu layari di Portal Rasmi
    TKWBNS melalui pautan berikut:
KLIK 👉 http://tkwbns.selangor.gov.my/

2. Tarikh permohonan dibuka dari 1 hingga
    28 Februari 2018.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

A. Syarat Am

1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor;
    atau

2. Pemohon telah bermastautin lebih dari
    lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan
    pengesahan daripada ADUN / Penghulu /
    Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk
    melanjutkan pengajian secara SEPENUH
    MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh
    (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O
    Level / sijil – sijil profesional / pelajar
    Kolej Vokasional seluruh negara adalah
    tidak layak memohon)

4. Hanya pemohon yang BELUM 
    MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari
    lain-lain penaja layak memohon. Pelajar
    yang telah mendapat tajaan
    (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN,
    JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK
    MEMOHON.

5. Pemohon yang memperoleh pencapaian
    akademik yang baik akan diberi
    keutamaan.

6. Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN 
    AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh
    pelanjutan pengajian.

B. Syarat Akademik

1) Ijazah Sarjana Muda Pertama

◾Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas /
    Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan
    kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

◾Memperoleh sekurang-kurangnya empat
    (4) Gred C dalam mana-mana mata
    pelajaran di peringkat STPM; atau

◾Memperoleh sekurang-kurangnya lima
     (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana
     mata pelajaran di peringkat STAM.

2) Diploma

◾Memperoleh sekurang-kurangnya lima
    (5) kepujian dalam mana-mana mata
    pelajaran di peringkat SPM; atau

◾Memperoleh kelayakan Sijil dengan
     kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

3) Sijil (IPTA)

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

4) Sijil (bidang kemahiran & teknikal 
    sahaja)

Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

Kadar Pinjaman 

Peringkat Pengajian       Kadar Pinjaman 
                                                     (setahun)

Ijazah Perubatan                    RM 7,000
(Perubatan/Pembedahan/
Pergigian/Veterinar)
Ijazah Sarjana Muda              RM 6,500
Diploma                                    RM 4,900
Sijil                                             RM 4,000

Kaedah Pembayaran Pinjaman

◾Bayaran akan dikreditkan terus ke
     akaun Bank Muamalat Pelajar.

◾Pelajar yang berjaya ditawarkan
     Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan
     untuk membuka akaun Bank Muamalat
     sahaja.

◾Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali
     setahun, mengikut jadual pembayaran
     yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.

Cara Hubungi

Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon :
03 – 5544 7000 - Talian Umum Pejabat SUK Selangor
Emel: tkwbns@selangor.gov.my

Selamat membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tahun 2020! Semoga anda berjaya dalam membuat permohonan!

No comments

Powered by Blogger.