Borang Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang 2024 (Semakan Status)
Borang Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang 2024 (Semakan Status)|ADAKAH anda penduduk tetap di negeri Pulau Pinang? Adakah anda seorang ibu tunggal? Panduan buat golongan wanita yang bermastautin di negeri Pulau Pinang dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi iSejahtera Penang. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Penang 2024 Online buat rujukan anda.
Borang Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang 2024 (Semakan Status)
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang 2024
1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php.2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak/Mohon".
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Tunggal Penang Tahun 2024
Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Ibu Tunggal Penang adalah seperti berikut:1. Warganegara Malaysia.
2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
3. Bercerai atau kematian suami
4. Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
5. Tidak berkahwin semula.
6. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal Penang 2024
*Akan dikemaskini
Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
4. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
5. Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
6. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
7. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan iSejahtera Penang, sila hubungi di:No. Telefon: 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks: 04-261 1064
Alamat: Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang
Artikel Berkaitan:
👉 Tarikh Pembayaran Ibu Emas👉 Kemaskini Ibu Emas
Selamat membuat permohonan Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Ibu Tunggal!
Assalammualaikum sya sudah berkahwin tiada pendapatan tetap tapi belu berdaftar dngan SPR layak tak saya untuk memohon ???
ReplyDelete