Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online (Yayasan Pelajaran Johor)



Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online (Yayasan Pelajaran Johor)|BERITA baik buat rakyat negeri Johor yang ingin mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa IPTA/IPTS. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), permohonan Pinjaman YPJ 2022 bakal dibuka secara online pada 20 Mei 2019 hingga tarikh tutup 20 Jun 2019. Berikut dikongsikan cara permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ tahun 2022 buat panduan anda.

Permohonan Pinjaman YPJ 2018 Online (Yayasan Pelajaran Johor)

Sedia maklum, Pinjaman YPJ merupakan salah satu bantuan rakyat yang ditawarkan kepada rakyat Johor bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS. Permohonan ini dibuka bagi pengajian Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online (Yayasan Pelajaran Johor)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi cara permohonan Yayasan Pelajaran Johor beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi YPJ
    secara online melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 http://prolims.ypj.gov.my/

2. Tunggu emel pengesahan dari pihak YPJ
    untuk mengesahkan Pra-Permohonan.

3. Setelah disahkan, isi borang permohonan
    secara atas online.

4. Sila semak kelulusan selepas 30 hari
    waktu bekerja

5. Sila muat turun aplikasi YPJ 'PROLIMS' di
    playstore dan app store untuk buat
    semakan.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman YPJ 2022

Antara syarat kelayakan permohonan pinjaman YPJ 2022 adalah seperti berikut:

◾Lahir dan menetap di Johor;
◾Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
◾Kursus yang diikuti mestilah mendapat  Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
◾Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
◾Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
◾Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
◾Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Slip Permohonan;
◾Salinan MyKad PEMOHON, IBU DAN BAPA / PENJAGA;
◾Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan IBU DAN BAPA / PENJAGA;
◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT;
◾Salinan Sijil Berhenti Sekolah DAN Akuan Persekolahan;
◾Salinan Sijil-Sijil Persekolahan – Sijil SPM
◾Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan);
◾Salinan Sijil Perceraian / Kematian (Jika Berkaitan);
◾Lain-Lain Dokumen Berkaitan
◾Sekiranya ibubapa / penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri)/ tidak bekerja (suri  rumah / pesara / pencen / tiada

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ

Selamat membuat permohonan Pinjaman YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pinjaman YPJ!

No comments

Powered by Blogger.