Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2021



Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2021|ADAKAH anda warga emas yang bermastautin atau menetap di negeri Johor? Panduan buat warga emas yang berumur 60 hingga 69 tahun dan lahir di Negeri Johor yang berkelayakan membuat permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) tahun 2021. Berikut dikongsikan cara permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor tahun 2021 buat panduan anda.

Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2018

Sedia maklum, borang permohonan hanya boleh didapati melalui Pejabat DUN atau Pusat Khidmat Masyarakat di tempat anda.

Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Takaful Warga Emas Johor beserta syarat kelayakan permohonan:

Borang Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor 2021

1. Borang permohonan hanya boleh didapati melalui Pejabat DUN atau Pusat Khidmat Masyarakat di tempat anda.

2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Mykad pemohon, Mykad waris pemohon dan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jika OKU).

3. Pendaftaran ahli dibuat hanya sekali sahaja di pejabat DUN berdekatan.

Syarat Kelayakan Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor 2021

Antara syarat kelayakan permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor adalah seperti berikut:

1. Warga emas yang berumur 60 hingga 69 tahun.

2. Waris - Penerima manfaat pengkebumian RM 1,000.

3. Pemohon untuk warga emas yang telah meninggal dunia tidak layak.

4. Warga emas adalah warganegara Malaysia dan lahir/ menetap di Johor.

5. Bermastautin di negeri Johor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.

Selamat membuat permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor tahun 2021 secara online!

1 comment:

  1. Had umur sehingga 69tahun je ke?...ibu mertua saya umur 86tahun x boleh mohon?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.