Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2024 Online (Semakan Status)



Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Kos Rendah Pahang tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang menetap di Negeri Pahang dan masih belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2024 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi ePerumahan Pahang.

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2019 Online

Sedia maklum, rumah kos rendah kerajaan merupakan Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00. Manakala, rumah kos rendah swasta adalah Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Rumah Kos Rendah Pahang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://eperumahan.pahang.gov.my

2. Hanya maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.

3. Medan bertanda * adalah wajib diisi.

4. Klik SIMPAN selepas selesai mengisi borang.

5. Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Kos Rendah Pahang adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;

2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
 
a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
i) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
ii) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun

b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
i) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas

3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;

4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;

5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;

6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan

7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

Semakan Status Rumah Kos Rendah Pahang 2024

Berikut dikongsikan Semakan Status Rumah Kos Rendah Pahang 2024:

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Makmur Pahang

Selamat membuat Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Kos Rendah Pahang!

No comments

Powered by Blogger.