Permohonan Biasiswa PETRONAS 2023 Online (PESP)



Permohonan Biasiswa PETRONAS 2023 Online (PESP)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa PETRONAS 2023 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar IPTA yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa PESP tahun 2023 sebagai bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2023 dijangka akan dibuka secara online pada bulan Mac 2023 melalui Portal Rasmi Universiti Teknologi Malaysia (UTP).

Permohonan Biasiswa PETRONAS 2019 Online

Sedia maklum, PETRONAS bakal menawarkan penajaan pengajian peringkat universiti kepada calon SPM dalam bidang khusus berkaitan dengan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti di luar negara.

Permohonan Biasiswa PETRONAS 2023 Online (PESP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Petronas (PESP) beserta syarat kelayakan permohonan dan bidang pengajian:

Cara Permohonan Biasiswa PESP 2023 Online

1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian (online) melalui http://www.utp.edu.my/

2. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui PETRONAS Pendidikan Tajaan Portal:
KLIK 👉 https://educationsponsorship.petronas.com.my

Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut:

◾Mestilah Warganegara Malaysia.
◾Berumur antara 17 hingga 19 pada tahun 2020.
◾Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Senarai Bidang Pengajian Ditaja

Teknikal: Kimia Gunaan, Kejuruteraan kimia, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Geologi / Geofizik, Kejuruteraan Bahan / Bahan Sains, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Petroleum Geosains

Bukan Teknikal : Akaun / Perdagangan / Kewangan, Sains Aktuari / Statistik, Sains Komputer, Ekonomi, Undang-undang, Psikologi

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa Shell Malaysia

Selamat membuat permohonan Biasiswa PETRONAS 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PETRONAS!

No comments

Powered by Blogger.