Permohonan eRumah Johor 2022 Online



Permohonan eRumah Johor 2022 Online|BERITA baik buat anda warga negeri Johor dan berpendapatan kasar bulanan tidak melebihi daripada RM 8,000 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan eRumah Johor 2022 boleh dibuat secara online menerusi Laman Sesawang eRumah Johor. Berikut dikongsikan Permohonan eRumah Johor tahun 2022 buat panduan anda.

Permohonan eRumah Johor 2019 Online

Sedia maklum, Program eRumah Johor diwujudkan untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat Johor khususnya yang ingin memiliki rumah pertama. Terdapat TIGA jenis rumah yang ditawarkan dalam skim ini iaitu Rumah Komuniti Jenis A RM 42,000, Rumah Komuniti Jenis B RM 80,000 dan Rumah Komuniti Jenis C RM 150,000 - RM 220,000.

Permohonan eRumah Johor 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan eRumah Johor beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan eRumah Johor 2022 Online

LANGKAH 1:

Pemohon hendaklah mendaftar akaun baru bagi yang belum mempunyai akaun melalui pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 eRumah Johor

LANGKAH 2:

Kemudian, login akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang tepat.

LANGKAH 3:

Pilih Mukim dan Kategori Rumah dan hantar permohonan.

LANGKAH 4:

Hanya pemohon yang layak sahaja akand diberi pemberitahuan serta membawa dokumen penting.

LANGKAH 5:

Permohonan secara manual boleh dibuat
dengan muat turun borang permohonan melalui link dibawah:
KLIK 👉 Borang Manual eRumah Johor

Syarat Kelayakan eRumah Johor 2022

Antara syarat kelayakan permohonan eRumah Johor adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
◾Berkahwin/Bujang layak memohon
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
◾Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
◾Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
◾Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran

Info Lanjut:

👉 Soalan Lazim (FAQ) eRumah Johor

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor
👉 Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan eRumah Johor, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
No. Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Selamat membuat permohonan eRumah Johor tahun 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.