Semakan Status Permohonan PPAM 2023 (Perumahan Penjawat Awam)



Semakan Status Permohonan PPAM 2023 (Perumahan Penjawat Awam)|BILAKAH tarikh semakan permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) bagi tahun 2023? Perhatian buat anda yang telah membuat permohonan PPAM tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan status permohonan PPAM 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

Semakan Status Permohonan PPAM 2020 (Perumahan Penjawat Awam)

Sedia maklum, PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. Objektif PPAM diwujudkan adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Semakan Status Permohonan PPAM 2023 (Perumahan Penjawat Awam)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM):

Cara Semakan Status PPAM 2023 Online

1. Semakan status permohonan PPAM boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://apps.ppam.gov.my/check-application

2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pemohon dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Kemudian, klik pada butang 'SEMAK STATUS' dan maklumat tawaran akan dipaparkan di screen anda.

Semakan Status Permohonan PPAM 2020 (Perumahan Penjawat Awam)

Senarai Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Berikut antara projek PPAM yang masih dibuka. Antaranya adalah seperti berikut:

1. PPA1M Kempadang Residensi (Kuantan, Pahang)
2. PPA1M Mutiara Semantan (Temerloh, Pahang)
3. PPA1M Taman Chenor Indah (Maran, Pahang)
4. PPA1M Sofiya Residensi (Kuala Lumpur)
5. PPA1M Taman Gantok Setia (Temerloh, Pahang)
6. PPA1M Taman Puncak Sri Machang (Machang, Kelantan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 32, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

No. Telefon: +603-80008000
No. Fax: +603-88915588
Emel: bantuan.ppam@kpkt.gov.my

Selamat membuat Semakan Status Permohonan PPAM tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.