Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson|ANDA peminat drama Melayu? Saksikan drama akan datang bertajuk "Rindu Yang Terindah" yang diadaptasi novel 'Derita Terindah' karya Eshal Nuranis bakal bersiaran mulai bulan Mac 2020 di slot Samarinda TV3. Dibintangi lakonan seperti Redza Rosli sebagai watak Hazill Wafiy manakala Amelia Henderson memegang watak sebagai Airis Warda. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Emi Sufian dan terbitan dibawah OrangeTree Production. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info penting drama Rindu Yang Terindah (Slot Samarinda TV3) termasuk sinopsis drama, sinopsis novel dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Rindu Yang Terindah

JUDUL : RINDU YANG TERINDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Emi Sufian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON: Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus, Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin

WATAK PELAKON:

Redza Rosli sebagai Hazill Wafiy
Amelia Henderson sebagai Airis Warda
Adam Lee sebagai Hazim Wafiy
Esma Daniel sebagai Sofian
Maria Farida sebagai Raziah
Hazman Al-Idrus sebagai Zack

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah

Mengisahkan perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

No comments

Powered by Blogger.