Bantuan Prihatin Nasional 2020: Jumlah & Tarikh Pembayaran



Bantuan Prihatin Nasional 2020: Jumlah dan Tarikh Pembayaran|BILAKAH tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang ingin ketahui tarikh dan jumlah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020. Untuk makluman anda, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Berikut dikongsikan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 buat rujukan anda.

Bantuan Prihatin Nasional 2020: Jumlah & Tarikh Pembayaran

Sedia maklum, sejumlah bajet RM250 billion telah diperuntukkan melibatkan bantuan kepada rakyat dan perniagaan selain memperkukuh ekonomi negara dalam membendung wabak COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional 2020: Jumlah dan Tarikh Pembayaran

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Bantuan Prihatin Nasional 2020 termasuk jumlah dan tarikh pembayaran:

Jumlah dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Bantuan Pelajar IPT RM200

Bayaran RM 200 secara one-off dibayar pada bulan Mei 2020 yang melibatkan pelajar Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Semoga perkongsian Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.