Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online



Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 bakal dibuka? Berita baik buat anda golongan B40 dan M40 yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2020 menerusi Laman Web Rasmi LHDNM. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 buat panduan anda.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Seperti dimaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 yang lalu dimana pemberian secara one-off kepada golongan B40 dan M40 berjumlah RM10 billion ini akan mula diberikan pada bulan April dan Mei 2020. Dalam intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, kerajaan telah memperuntukkan dana sejumlah RM250 billion yang melibatkan bantuan kepada rakyat dan perniagaan dalam membasmi wabak COVID-19.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 termasuk syarat kelayakan permohonan, kaedah dan tarikh pembayaran:

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online

1. Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi LHDNM seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.hasil.gov.my/

Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut dikongsikan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020:

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut dikongsikan Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020:

A. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

B. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

C. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi pihak Kementerian di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

Emel: bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia

Selamat membuat Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Prihatin Nasional!

No comments

Powered by Blogger.