Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19



Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19|ANDA ingin membuat penangguhan bayaran pinjaman Bank? Bagaimana cara membuat permohonan penangguhan bayaran pinjaman bank akibat wabak COVID-19? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan COVID-19 buat rujukan anda.

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19

Apa itu Moratorium? Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak Bank sehingga 6 bulan. Sedia maklum, kerajaan mewujudkan sistem moratorium pembayaran pinjaman selama enam bulan bagi institusi kewangan yang berada di bawah bidang kuasa kementerian bagi membantu pelanggan yang berdepan masalah kewangan.

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19 termasuk syarat kelayakan permohonan, produk pinjaman dan senarai bank yang menawarkan:

Cara Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19

1. Permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.

2. Minta borang Moratorium COVID-19 daripada bank yang dikehendaki dan perlu lengkapkan borang permohonan tersebut.

Syarat Kelayakan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19

Antara Syarat Kelayakan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19 adalah seperti dibawah:

1. Individu yang terkesan akibat COVID-19 iaitu cuti tanpa gaji atau diberhentikan

2. Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19

Produk Pinjaman Yang Dibenarkan Penangguhan

Antara produk-produk pinjaman yang dibenarkan penangguhan adalah seperti berikut:

◼️ Pembiayaan Peribadi
◼️ Pinjaman Pembiayaan rumah
◼️ Sewa Beli Kereta
◼️ Kad Kredit
◼️ Pinjaman SME
◼️ Overdraft

Senarai Dokumen Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

A. Individu

1. Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
2. Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
3. Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)

B. Pemilik Perniagaan

1. Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
2. Pesanan yang telah dibatalkan
3. Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

Senarai Bank Yang Menawarkan Pinjaman

Permohonan boleh dibuat di bank pinjaman sama ada melalui kaunter atau menerusi telefon:

1. Association Of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) : 03-20268002/8003
2. Affin Islamic Bank Berhad : 03-82302222
3. Agrobank : 1300-88-2476
4. Alliance Islamic Bank Berhad : 03-55169988
5. AmBank Islamic Berhad : 03-21788888
6. Bank Islam Malaysia Berhad 03-26900900
7. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1-300-88-8787
8. Bank Rakyat 1300-80-5454
9. Bank Pembangunan Malaysia Berhad 03-26113888
10. Bank Simpanan Nasional 1300-88-1900
11. CIMB Islamic Bank Berhad 03-62047788
12. Maybank Islamic Berhad 1300-88-6688
13. MBSB Bank 03-20963000
14. Public Islamic Bank Berhad 1800-22-5555
15. Hong Leong Islamic Bank Berhad 03-76268899
16. SME Bank 03-26037700
17. Standard Chartered Saadiq 1300-88-8888
18. HSBC Amanah Malaysia Berhad 1300-88-2626
19. OCBC Al Amin Bank Berhad 03-83149310
20. RHB Islamic Bank Berhad 03-92068118

Semoga perkongsian Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.