Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah



Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah|UNTUK makluman anda, bagi anda yang ingin membuat surat cuti sekolah yang mudah. Tapi tidak tahu bagaimana hendak buat surat cuti sekolah yang simple? Berikut dikongsikan contoh surat cuti sekolah yang mudah yang anda boleh jadikan sebagai panduan.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah

Surat ini dibuat bertujuan untuk memberitahu pihak sekolah bahawa pelajar tersebut tidak dapat hadir ke sekolah atas disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan misalnya sakit, balik ke kampung, lewat bangun dan ketinggalan bas sekolah.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah

Muhd Zamri Chin B. Ramli,

2011 Lorong Selasih 2/4 Taman Selasih,

09000 Kulim, Kedah.

                                                                            

Kepada,

Guru Kelas Tingkatan 5A1,

Taman Cengal Jalan 5,

09000 Kulim, Kedah.

10 Jun 2017


Tuan,

Per: Tidak Hadir Ke Sekolah

Merujuk perkara di, saya Siti Rogaiyah Bt. Mohamed, penjaga kepada Muhd Zamri Chin B. Ramli, pelajar Tingkatan 5A1, ingin menjelaskan ketidakhadiran anak saya pada 5 Jun 2017 yang lalu.

2. Untuk pengetahuan tuan, pada malam sebelumnya (4 Jun 2017) anak saya telah mengalami demam panas yang tinggi dan telah berjumpa doktor di hospital. Atas nasihat doktor, saya mengambil keputusan untuk merehatkan anak saya di rumah.

3. Dengan ini saya sertakan surat cuti sakit yang diberikan oleh doktor kepada saya.

Segala perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Yang benar,
                              
(Siti Rogaiyah Bt. Mohamed)

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat surat cuti sekolah!

No comments

Powered by Blogger.