Panduan Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Panduan Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri|SOLAT sunat hari raya Aidilfitri hukumnya Sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat hari raya aidilfitri dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal.
Solat Aidilfitri sunat dilewatkan untuk memberi lebih masa untuk pengeluaran zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat hari raya Aidilfitri). Solat sunat hari raya lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid atau di kawasan lapang/ padang terbuka.
Panduan Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Berikut dikongsikan panduan menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri:
Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
-Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz Tasbih
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
-Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
Rakaat Pertama
1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
Admin ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah solat sunat Hari Raya Aidilfitri!

Post a Comment