Permohonan BKNS 2023 Online (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah)



Permohonan BKNS 2023 Online (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah)|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2023? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun 2023 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa BKNS 2023 boleh dibuat secara online mulai 21 Jun 2022 hingga 21 Julai 2022 menerusi Portal Rasmi BKNS. Berikut dikongsikan Cara Permohonan BKNS 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018 Online

Sedia maklum, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini bukan sahaja terbuka untuk rakyat Sabah, bahkan untuk pemohon yang berasal di Wilayah Persekutuan Labuan. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah atau mudah dikenali sebagai BKNS merupakan biasiswa yang diperuntukkan khas kepada anak-anak bumiputera Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi untuk diploma dan ijazah

Permohonan BKNS 2023 Online (Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS termasuk syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan BKNS 2023

◼️ Tarikh Permohonan Dibuka: 21 Jun 2022
◼️ Tarikh Permohonan Ditutup: 21 Julai 2022
◼️ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 MOHON SINI

Cara Permohonan BKNS 2023 Online

Berikut dikongsikan prosedur permohonan BKNS secara online:

1. Pemohon perlu layari ke laman web
    rasmi BKNS menerusi pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉MOHON SINI

2. Kemudian, daftar akaun baru dengan
    memasukkan segala butiran yang perlu
    diisi.

3. Selepas mendaftar akaun baru, anda
    perlu login dengan butiran tadi.

4. Isikan semua maklumat yang diminta
    seperti maklumat diri, akademik dan
    kokurikulum dengan lengkap.

5. Selepas siap mengisi borang, anda perlu
    menunggu sahaja keputusan diumumkan
    nanti.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan BKNS

Berikut adalah senarai kursus yang
ditawarkan oleh BKNS:

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018 Online

Syarat Kelayakan Permohonan BKNS 2023

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan BKNS:

A. Syarat Am

1. Tidak berumur lebih 20 tahun bagi
    pemohon diploma.
2. Tidak melebihi had umur 25 tahun bagi
    mereka yang belajar di peringkat Ijazah.

B. Syarat Kelayakan Akademik

Berikut adalah syarat kelayakan akademik yang dipecahkan mengikut jenis permohonan bagi diploma dan ijazah:

A) Kelayakan Pelajar Diploma

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    dengan paling kurang 7A
2. 7A tersebut perlulah termasuk Bahasa
    Melayu dan juga subjek yang berkaitan
    dengan kursus yang sedang diambil
3. Bahasa Inggeris perlulah mendapat
    kepujian

B) Kelayakan Pelajar Ijazah

1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
   (STPM) atau setaraf dengan CGPA
    minimum 3.3. atau:
2. Sijil Tinggi Agama dengan sekurang.  
    kurangnya Jayyid atau:
3. Diploma dengan CGPA 3.5
4. Matrikulasi dengan kelulusan paling
    kurang CGPA 3.5 atau:
5. Foundation/asasi dengan CGPA 3.5

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
👉 Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah

Selamat membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa BKNS! 

No comments

Powered by Blogger.