Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama 2018



Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama 2018|BILAKAH tarikh permohonan MyDeposit 2018 dibuka? Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik dengan memberi bantuan bayaran deposit. Untuk makluman anda, permohonan Skim MyDeposit akan dibuka mulai 15 Disember 2017 hingga 15 Februari 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama 2018

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM 10,000 dan ke bawah.

Tarikh Permohonan MyDeposit 2018

◾ Tarikh Dibuka:
👉 15 Disember 2017
◾ Tarikh Ditutup:
👉 15 Februari 2018

Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan dan syarat permohonan Skim MyDeposit:

◾Pemohon boleh membuat permohonan
     secara online menerusi
     laman web Jabatan Perumahan Negara,
     Kementerian Kesejahteraan Bandar
     Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
◾Aplikasi permohonan MyDeposit:
KLIK: 👉 Daftar atau Log Masuk untuk memohon

Syarat Permohonan Skim MyDeposit

◾Pemohon mestilah warganegara
     Malaysia berumur sekurang-kurangnya
     21 tahun ketika permohonan dibuat dan
     tiada umur maksima ditetapkan;
◾Permohonan ini adalah bagi tujuan
     pembelian rumah pertama bagi satu isi
     rumah:
◾Pendapatan kasar RM10,000 dan ke
     bawah sebulan. Pendapatan kasar
     bulanan termasuk semua bentuk
     ganjaran hasil daripada pekerjaan atau
     perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus,      elaun dan lain-lain) ;
◾Pemohon mestilah mempunyai
     kelayakan untuk membuat pinjaman
    perumahan dengan mana-mana institusi
     pembiayaan.
◾Pemohon yang layak akan diberikan
     kelulusan bersyarat dengan tempoh 30
     hari untuk menandatangani Perjanjian
     Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama 2018

Dokumen Wajib Permohonan

◾Salinan kad pengenalan pemohon dan
     pasangan
◾Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil
     penceraian (Jika berkenaan)
◾Akuan Bersumpah pengesahan bujang
◾Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU
    (Jika berkenaan)
◾Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak
     bekerja
◾Surat pengesahan majikan pemohon dan      pasangan. Maklumat diperlukan: status
     perkhidmatan/ perkerjaan, status
     perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh
     perkhidmatan
◾Penyata gaji terkini pemohon dan
     pasangan
◾Salinan penyata KWSP atau penyata
    cukai pendapatan pemohon dan
    pasangan
◾Salinan Laporan Sistem Maklumat
    Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS)
    pemohon dan pasangan
◾Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran
     tanggungan
◾Surat tawaran /pengesahan terkini
     pembelian rumah daripada pemaju
     perumahan berlesen
◾Surat sokongan dan pengesahan
     pemimpin tempatan
◾Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB Online

Cara Hubungi

Sebarang maklumat rasmi berhubung dengan Skim MyDeposit, sila layari laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara:

KLIK: Sistem Pengurusan Perumahan Negara

Selamat membuat permohonan Skim MyDeposit 2018! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.