Semakan Status Agensi Pengelola Umrah di Portal i-Umrah



Semakan Status Agensi Pengelola Umrah di Portal i-Umrah|ADAKAH anda ingin menunaikan umrah pada tahun hadapan? Sebelum anda ingin mengambil mana-mana pakej umrah yang ditawarkan oleh agensi. Anda perlu ketahui terlebih dahulu maklumat status agensi pengelola umrah. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat semakan status agensi pengelola umrah melalui portal i-Umrah.

Semakan Status Agensi Pengelola Umrah di Portal i-Umrah

i-Umrah merupakan sebuah portal yang dibangunkan untuk menyalurkan maklumat agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan anda.

Semakan Status Agensi Pengelola Umrah di Portal i-Umrah

Berikut dikongsikan cara semakan status agensi pengelola umrah untuk panduan anda:

1. Untuk membuat semakan status, anda
    perlu pergi ke Portal Rasmi i-Umrah
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 JAWHAR UMRAH

2. Di bahagian kiri pada menu utama, anda
    akan lihat 'Semak Agensi Pengelola 
    Umrah'.

Semakan Status Agensi Pengelola Umrah di Portal i-Umrah

3. Klik pada butang Semak Agensi Pengelola
    Umrah tersebut.

4. Anda dibawa pada TIGA pilihan untuk
    membuat semakan melalui pautan
    berikut:
👉 eServices Haji
👉 Jawhar Umrah
👉 Umrah MKSU

Semakan Status Agensi Pengelola Umrah di Portal i-Umrah

Senarai Syarikat/Agensi Pengelola Umrah

1. Anda boleh buat semakan syarikat atau
    agensi pengelola umrah DISINI

2. Masukkan nama syarikat/agensi
    pengelola umrah anda diruang
    disediakan.

3. Klik pada butang 'CARI'.

Panduan Memilih Agensi Pengelola Umrah

1. Memilih pengelola umrah yang
    diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah
    (MKSU) seperti di SENARAI.

2. Membuat kajian perbandingan harga
    pakej-pakej yang ditawarkan.
    Kebiasaannya harga berubah mengikut
    musim dan jenis pakej yang dipilih.

3. Menyelidik latar belakang agensi; lesen
    dan permit untuk ‘outbound’ yang sah,
    pengalaman agensi mengelolakan umrah
    dan urusan visa yang dikendalikan oleh
    agensi. Sama ada agensi menguruskan
   sendiri atau menggunakan khidmat orang
    tengah.

4. Mengambil tahu syarikat penerbangan,
    jenis perjalanan sama ada terus ke
    Jeddah atau ke Madinah atau jemaah
    perlu transit dan bermalam di negara
    lain.

5. Mengambil tahu tentang hotel
    penginapan yang disediakan oleh agensi.

6. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada
    kepada akaun syarikat atau kepada
    akaun persendirian pengurus agensi atau
    kepada akaun agen-agen yang dilantik
    oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan
    resit pembayaran dan dokumen-
    dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.

7. Adakah terdapat bayaran-bayaran
    tambahan.

8. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat
    tambahan lain yang tertakluk kepada
    perubahan dari semasa ke semasa.

9. Adakah agensi mengadakan kelas
    bimbingan umrah.

10. Setelah berpuas hati dengan maklumat-
      maklumat seperti di atas barulah
      jemaah boleh membuat pemilihan
      agensi pengelola umrah.

Artikel Berkaitan:
👉 Senarai Agensi Umrah Berdaftar 2018

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya,
Jalan Tun Abdul Razak,Presint 3
62100 Putrajaya.
Tel : 03-88837400
Emel : pejabatam@jawhar.gov.my
Laman Web : http://www.jawhar.gov.my

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat semakan status agensi pengelola umrah!

No comments

Powered by Blogger.