Borang Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia 2020 Online



Borang Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia 2020 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan skim PR1MA? Skim PR1MA ialah singkatan kepada Perumahan Rakyat 1Malaysia yang bertujuan mengalakkan golongan berpendapatan sederhana memiliki hartanah kediaman. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM 2,500 hingga RM 15,000. Selain itu, kediaman PR1MA terletak di kawasan berkomuniti, mempunyai pelbagai jenis dan saiz dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama

Borang Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia 2018 Online

Untuk makluman anda, PR1MA menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi yang berpendapatan sederhana. Bagi yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan PR1MA secara online. Skim PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup pendaftaran.

Borang Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan PR1MA :

1. Sebelum anda memohon, pastikan anda
    mendaftar akaun terlebih dahulu melalui
    pautan berikut:
KLIK 👉 Daftar Akaun PR1MA

2. Setelah dapat ID Pengguna dan Kata
    Laluan, pemohon boleh akses sistem
    borang permohonan online.

3. Selepas itu, anda perlu login sistem
    permohonan PR1MA:
KLIK: 👉 https://register.pr1ma.my/Account/Login

4. Lengkapkan borang pendaftaran dengan
    tepat.

6. Selepas siap diisi, hantarkan borang
    pendaftaran untuk mendapatkan
    nombor rujukan PR1MA.

7. Kemudian, terima emel pengesahan
    pendaftaran.

8. PR1MA akan memaklumkan anda
    melalui e-mel apabila terdapat kediaman
    PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan
    anda.

Keputusan Permohonan Rumah PR1MA

1. Keputusan cabutan undi akan
    diumumkan di http://www.pr1ma.my/

2. Pemohon yang berjaya akan dihubungi
    melalui surat rasmi dan e-mel untuk
    pemilihan unit kediaman anda.

3. Setelah selesai proses pengesahan,
    pemohon yang berjaya akan dihubungi
    melalui surat rasmi dan e-mel untuk
    pemilihan unit kediaman anda.

Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA 

Antara syarat kelayakan permohonan PR1MA adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 21 tahun ke atas semasa permohonan dibuat
◾Individu atau keluarga dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM 2,500 - RM 10,000.
◾Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih satu hartanah
◾Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online
👉 Permohonan Rumah Selangorku Online

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan mengenai PR1MA, boleh hubungi di talian 03 - 7962 4374 atau emel info@pr1ma.my.
Atau:-
KLIK: 👉 Facebook Rasmi PR1MA

Selamat membuat permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.