eGUMIS: Semakan Wang Tidak Dituntut WTD 2020 Online



eGUMIS: Semakan Wang Tidak Dituntut WTD 2020 Online|APA itu Wang Tidak Dituntut (WTD)? Bagaimana cara untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut secara online? Untuk makluman anda, kerajaan akan melancarkan sistem eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System pada suku kedua tahun 2018. Dengan wujudnya sistem secara online ini, dapat memudahkan penduduk yang berada di luar bandar untuk membuat semakan tanpa perlu pergi beratur di kaunter JANM.

eGUMIS: Semakan Wang Tidak Dituntut WTD 2018 Online

Sedia maklum, kini semakan Wang Tidak Dituntut hanya boleh dituntut di Kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) di seluruh negeri. Selain eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara turut menyediakan perkhidmatan semakan slip gaji melalui sistem e-Penyata Gaji.

eGUMIS: Semakan Wang Tidak Dituntut WTD 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi dan cara semakan Wang Tidak Dituntut secara online melalui sistem eGUMIS:

Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

1. Sistem eGUMIS (Electronic Government
    Unclaimed Money Information System)
    akan diaktifkan pada suku kedua tahun
    2018.

2. Bagi pemohon yang ingin membuat
    semakan WTD secara online perlu
    melalui pautan berikut:
KLIK 👉 *Akan dikemaskini setelah aplikasi diaktifkan

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) di Kaunter JANM

Berikut dikongsikan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara selain secara online di eGUMIS:

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan
    Akauntan Negara yang berhampiran
    dengan tempat tinggal anda. Untuk
    ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan
    Akauntan berhampiran anda, sila rujuk
    di Lokasi JANM.

2. Pastikan bawa Kad Pengenalan Diri/
    MyKad dan serahkan di kaunter.

3. Untuk semakan waris yang telah
    meninggal dunia, boleh bawa sijil
    kematian, sijil perkahwinan, sijil
    kelahiran dan surat sokongan yang
    menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank
    terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila
    isi borang dan sertakan beberapa
    dokumen berkaitan termasuk IC fotostat,
    surat pengesahan bank berkenaan, (bank
    statement atau buku bank yang aktif)
    untuk tujuan bayaran balik melalui
    kredit terus (bank in).

5. Wajib pergi ke bank yang telah
    dinyatakan untuk buat pengesahan.
    Contoh Surat Pengesahan telah diberikan
    oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya
    berikan kepada bank sahaja.

6. Selepas dokumen dan borang lengkap
    diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan
    Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan
    secara Bank In Terus ke akaun dalam
    masa 30 hari sahaja.

Informasi Penting Wang Tidak Dituntut (WTD) 

Berikut dikongsikan informasi penting Wang Tidak Dituntut (WTD):

◾Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan 
◾Perkhidmatan diberikan adalah percuma
◾Dibayar tanpa faedah
◾Tiada had untuk semakan WTD

Semoga perkongsian Semakan eeGUMIS WTD secara online ini memudahkan dan memberi manfaat buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.