Permohonan Anggota RELA 2023 Melalui Portal MyRELA (Semakan Status)



Permohonan Anggota RELA 2023 Melalui Portal MyRELA (Semakan Status)|ADAKAH anda ingin sertai sebagai anggota RELA? Bagaimana cara membuat permohonan Bantuan RELA secara online? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan menjadi sebagai anggota RELA. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan RELA 2023 secara online melalui Portal MyRELA. Berikut dikongsikan Permohonan Rela 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Anggota RELA Melalui Portal MyRELA

Sedia maklum, pendaftaran sebagai ahli RELA adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Permohonan Anggota RELA 2023 Melalui Portal MyRELA (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan RELA termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Cara Permohonan RELA 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    MyRELA melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Portal MyRELA

2. Klik pada 'Permohonan Online' di
    bahagian menu MyRELA.

3. Isikan maklumat yang diminta diruangan
    disediakan.

4. Selepas siap diisi, klik pada butang
    'Hantar'.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan RELA 2023

Antara syarat permohonan anggota RELA adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Umur 18 tahun dan ke atas
◾Sihat tubuh badan
◾Bukan anggota mana-mana pasukan
     dibawah undang-undang bertulis
◾Tiada Rekod Jenayah

Kecuali:
◾Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
  dan Mahkamah Tinggi.
◾Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli
  mana-mana Majlis Parlimen.
◾Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis
   Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana
     Dewan Undangan sebagaimana ditakrif
     dalam Perlembagaan.
◾Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang
     bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat
     dan konsul yang tidak berdomisil di
     Malaysia.
◾Orang-orang yang bekerja dalam
     Perkhidmatan Kerajaan mana-mana
     anggota Komanwel lain daripada
     Malaysia dan yang ada di Malaysia
     semata-mata oleh sebab mereka bekerja
     dalam perkhidmatan itu.
◾Anggota-anggota yang sedang
     berkhidmat dalam Angkatan Tentera
     Persekutuan.
◾Anggota-anggota yang sedang
     berkhidmat dalam Pasukan Sukarela
     Tentera Laut DiRaja Malaysia.
◾Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan
     Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
◾Anggota-anggota Pasukan Polis.
◾Orang-orang sakit otak dalam pengertian
     mana-mana undang-undang bertulis
     yang berkuatkuasa di Malaysia.
◾Orang-orang yang diperakui sebagai buta
     oleh pengamal perubatan berdaftar.
◾Ahli-ahli Pasukan Bomba yang
     disenggara di bawah mana-mana
     undang-undang bertulis yang
     berkuatkuasa di Malaysia.
◾Mana-mana orang lain atau mana-mana
     golongan orang lain yang dikecualikan
     daripada peraturan-peraturan ini
     dengan perintah Menteri.

Semakan Status RELA 2023 Online

Berikut dikongsikan cara semakan status permohonan RELA secara online:

1. Untuk membuat semakan, anda perlu
    layari melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SEMAKAN MYRELA

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik
    pada butang 'Semak'.

3. Maklumat status permohonan anda akan
    dipaparkan di screen.

Permohonan Anggota RELA Melalui Portal MyRELA

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RELA, sila hubungi di:

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Aras 7,8,& 9, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya

Tel: 03 - 8870 3760 / 3770
Fax : 03 - 8890 5540
Emel: pro_rela[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat membuat permohonan anggota RELA tahun 2023 secara online melalui Portal MyRELA!

2 comments:

  1. AnonymousMay 28, 2023

    MUHAMMAD SHAHRlZAL
    0132214640

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 28, 2023

    MUHAMMAD SHAHRlZAL
    0132214640

    ReplyDelete

Powered by Blogger.