Permohonan Kad Bas Muafakat Johor 2021 Online



Permohonan Kad Bas Muafakat Johor 2021 Online|BERITA baik buat semua warga di Johor. Apa itu Kad Bas Muafakat Johor? Sedia maklum, Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas secara percuma. Kad Muafakat Johor boleh digunakan selama setahun bermula dari 1 April 2016. Ianya merupakan inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Program Dana Didik Jauhar Kids

Permohonan Kad Bas Muafakat Johor 2018 Online

Perkhidmatan Bas Percuma yang dikenali sebagai 'Bas Muafakat Johor' telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 22 April 2016 yang lalu. Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor, anda perlu mohon Kad Bas Muafakat Johor secara percuma di kaunter pendaftaran yang dinyatakan. Bas Muafakat Johor akan bermula diantara jam 6 pagi hingga 8 malam.

Permohonan Kad Bas Muafakat Johor 2018 Online

Permohonan Kad Bas Muafakat Johor 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pendaftaran Kad Muafakat Johor secara online. Terdapat (2) kaedah cara pendaftaran seperti berikut:

1. Pemohon boleh membuat pendaftaran
    Kad Muafakat Johor secara online
    melalui di DAFTAR KAD BAS MUAFAKAT 
    JOHOR.

2. Bagi melalui manual, pemohon boleh
    dapatkan kad berkenaan di kaunter
    pendaftaran seperti dinyatakan dibawah.

Caj Tahunan Kad Muafakat Johor

Caj minimum tahunan kad seperti berikut:

◾Dewasa: RM 10 setahun
◾Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas), Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak- kanak sekolah (berumur 7-17 tahun): RM 5 setahun
◾Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: Percuma

Cara Penggunaan Kad Muafakat Johor

◾Dapatkan Kad Muafakat Johor anda di kaunter-kaunter yang akan dibuka atau di pejabat PAJ dan kaunter yang telah disediakan.
◾Naik Bas Muafakat Johor
◾Pamerkan dan sentuh Kad Muafakat Johor anda
◾Duduk dan nikmati perjalanan bas percuma anda

Kaunter Pendaftaran dan Pengambilan Kad Bas Muafakat Johor

Berikut adalah senarai kaunter pendaftaran dan pengambilan Kad Bas Muafakat Johor:

1. PEJABAT PERBADANAN PENGANGKUTAN AWAM JOHOR (PAJ), NO. 1-01, JALAN SRI PERKASA 2/2, TAMAN TAMPOI UTAMA, 81200 JOHOR BAHRU
◾Waktu Pejabat
◾Ahad-Rabu : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG
◾Khamis : 8.30 PAGI- 3.30 PETANG

2. TERMINAL PASIR GUDANG (KAUNTER MAJU EXPRESS)
◾ISNIN-JUMAAT
◾9.00 PAGI - 2.00 PETANG

3. TERMINAL JB SENTRAL (KAUNTER CAUSEWAY LINK)
◾SETIAP HARI
◾5.30 PAGI - 9.30 MALAM

4. TERMINAL LARKIN SENTRAL (KAUNTER CAUSEWAY LINK)
◾SETIAP HARI
◾9.00 PAGI - 8.00 MALAM

5. MALL OF MEDINI (CONCOURSE ENTRANCE) (NO 4 LEBUH MEDINI UTARA, MEDINI ISKANDAR MALAYSIA, 79200 ISKANDAR PUTERI JOHOR DARUL TA'ZIM, MALAYSIA)
◾SETIAP HARI
◾10.00 PAGI - 8.00 MALAM

6. KSL CITY MALL (KSL CITY 33 JALAN SELADANG, TAMAN ABAD, 80250, JOHOR BAHRU, JOHOR.)
◾SETIAP HARI
◾9.00 PAGI - 8.00 MALAM

7. GIANT HYPERMARKET NUSA BESTARI
◾ SETIAP HARI
◾10.30 PAGI - 9.30 MALAM

8. JB SENTRAL CIQ (JALAN SULTAN IBRAHIM (DI ANTARA JALAN SAWMILL & JALAN TUN ABDUL RAZAK, 80300 JOHOR BAHRU)
◾SETIAP HARI
◾4.00 PAGI - 10.00 MALAM

9. STUDENT MALL UTM (LOT 10, STUDENT MALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM)
◾AHAD-RABU
◾12.00 TENGAH HARI - 8.00 MALAM

10. TERMINAL BAS DAN TEKSI GELANG PATAH (Kaunter Handal Indah / Causewaylink)
◾ISNIN-AHAD
◾4.30 PAGI -10.30 MALAM

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian bebas tol 1300 22 3700 atau:-
Laman Web: www.basmuafakatjohor.com
Emel: basmuafakatjohor@paj.com.my

Sumber: Bas Muafakat Johor

No comments

Powered by Blogger.