Permohonan Pembaharuan Pasport Online 2022 Melalui MyOnline Pasport



Permohonan Pembaharuan Pasport Online 2022 Melalui MyOnline Pasport|ADAKAH anda tahu apa itu MyOnline Pasport? Bagaimana cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia secara online? MyOnline Pasport adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara online melalui internet. Permohonan secara online boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Pasport Malaysia Kali Pertama

Permohonan Pembaharuan Pasport Online Melalui MyOnline Pasport

Dengan wujudnya sistem ini, dapat mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen sekaligus menjimatkan masa orang ramai. Pemohon diingatkan perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Permohonan Pembaharuan Pasport Online 2022 Melalui MyOnline Pasport

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan pembaharuan pasport melalui MyOnline Pasport secara online:

1. Pemohon perlu layari ke Portal Rasmi
    Jabatan Imigresen Malaysia seperti
    berikut:
KLIK: 👉 MyOnline Pasport

2. Baca terma dan syarat permohonan.

3. Sila klik SETUJU jika anda bersetuju
    mengikut terma dan syarat yang
    dinyatakan.

4. Kemudian, sila tanda Kategori
    Permohonan samada 'Pemohon 18 
    Tahun Ke Atas' atau 'Permohonan 
    Dibawah 18 Tahun'.

5. Isikan maklumat yang diminta dengan
    lengkap. (Pasport No, No KP, Jenis
    Pasport, Kategori KP dan Tempat
    Mengambil)

5. Klik pada butang 'CARI'.

Permohonan Pembaharuan Pasport Online Melalui MyOnline Pasport

Kadar Bayaran Pembaharuan Pasport

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

◾Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
◾Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
◾Orang Kurang Upaya (OKU): PERCUMA

Tempoh Pengeluaran Pasport

◾Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem.
◾Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
◾Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Selamat membuat permohonan pembaharuan pasport melalui MyOnline Pasport! 

No comments

Powered by Blogger.