Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online (Harga Renew Permit)
Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online (Harga Renew Permit)|APA itu Sistem MAID Online (SMO)? Adakah anda berminat membuat permohonan pembantu rumah asing baru tahun 2024? Bagaimana cara mohon pembantu rumah asing MAID secara online? Menerusi pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, majikan boleh membuat permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara online mulai 1 Januari 2018. Berikut dikongsikan Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online buat rujukan anda.
Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID 2024 Online (Harga Renew Permit)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pembantu Rumah Asing MAID termasuk harga renew permit, syarat kelayakan dan prosedur pengambilan:Cara Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) 2024 Online
1. Menerusi sistem ini, majikan boleh mengemukakan permohonan secara terus dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan di https://maid-online.imi.gov.my2. Majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada 9 buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.
3. Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Syarat Kelayakan Permohonan MAID 2024
Antara syarat kelayakan MAID adalah seperti berikut:1. Bakal PRA mestilah perempuan yang
berumur tidak kurang daripada 21 tahun
dan tidak melebihi 45 tahun semasa
permohonan.
2. Bakal PRA mesti diambil daripada
sembilan negara sumber yang
dibenarkan seperti berikut:
1) Indonesia
2) Filipina
3) Sri Lanka
4) Thailand
5) India
6) Lao
7) Nepal
8) Vietnam
9) Kemboja
3. Bakal PRA hendaklah bebas daripada
senarai syak dan senarai hitam Jabatan.
4. Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan
Kerja Sementara (PLKS) yang aktif
dengan majikan lain.
Syarat Kelayakan Majikan
Antara syarat kelayakan majikan adalah seperti berikut:
1. Majikan mestilah terdiri daripada
warganegara Malaysia atau penduduk
tetap Malaysia sahaja.
2. Majikan mestilah terdiri daripada suami
dan isteri yang mempunyai:
1) Anak berumur di bawah usia 15 tahun
(yang memerlukan jagaan dan
perhatian).
2) Anak kelainan upaya (tiada had umur).
3) Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.
4) Ibu bapa yang uzur/ sakit atau
5) Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit
(adik beradik, datuk atau nenek sahaja).
3. Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli
keluarga yang uzur/ sakit, surat
pengesahan daripada pegawai pakar
perubatan adalah diperlukan. Majikan
yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga
ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah
mengemukakan bukti pertalian secara
jelas.
4. Permohonan PRA bagi tujuan menjaga
ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah
terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang
tidak mempunyai pendapatan tetap
sahaja.
5. Kelayakan pendapatan bulanan majikan
adalah berdasarkan kepada jumlah
pendapatan suami dan isteri. Kelayakan
pendapatan isi rumah majikan adalah
antara RM 3,000 hingga RM 5,000
(mengikut negara sumber).
6. Majikan yang terdiri daripada suami dan
isteri hanya boleh menggaji seorang PRA
sahaja pada satu-satu masa.
7. Bagi permohonan PRA yang
dikemukakan oleh pasangan suami/
isteri, keutamaan hendaklah diberi
supaya nama suami digunakan sebagai
majikan utama.
8. Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi
syarat dan mempunyai kelayakan
pendapatan dibenarkan untuk
menggajikan PRA. Bagi majikan yang
berstatus bujang dibenarkan untuk
menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu
bapa sakit/ uzur sahaja.
9. Majikan berikut tidak layak
dipertimbangkan untuk mendapat
kemudahan PRA:
1) Diisytiharkan muflis oleh pihak
berkuasa.
2) Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga
Kerja; atau
3) Mempunyai kes-kes yang belum
diselesaikan dengan Jabatan Imigresen
Malaysia
10. Majikan beragama Islam hanya
dibenarkan menggaji PRA yang
beragama Islam sahaja.
11. Majikan hendaklah melengkapkan
kontrak kerja antara majikan dengan
PRA. Sekiranya permohonan
dikemukakan oleh pasangan suami/
isteri, kontrak kerja hendaklah
dilengkapkan oleh majikan utama.
Dokumen Diperlukan Permohonan Pembantu Rumah Asing
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA):1. Borang permohonan PRA
2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
3. Borang Personal Bond yang dimatikan
setem RM10.00
4. Perjanjian Pekerjaan di antara majikan
dan PRA yang dimatikan setem RM10.00
(1 set asal dan 1 set salinan)
5. Salinan kad pengenalan majikan (suami
dan isteri)
6. Salinan pasport PRA
7. Laporan perubatan bakal PRA dari
negara asal oleh panel yang dilantik oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia
8. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
9. Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan
terkini) ATAU
10. Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah
terima beserta slip bayaran
11. Sijil perkahwinan (bagi permohonan
kali pertama sahaja)
Prosedur Pengambilan PRA Secara Online
Antara prosedur pengambilan PRA adalah seperti berikut:
A. Prosedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah:
B. Prosedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang telah tinggal lebih masa:
Harga Renew Permit Pembantu Rumah 2024
*Akan dikemaskini
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan MAID, boleh berhubung terus melalui:Unit Pembantu Rumah Asing,
Jabatan Imigresen Malaysia,
No.15, Tingkat 2 (Podium),
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550, Putrajaya
Tel: 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing)
Email: admin_maidonline@imi.gov.my
Selamat membuat permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) tahun 2024 secara online!
Post a Comment