Permohonan RUMAWIP Rumah Wilayah Persekutuan 2020 Online



Permohonan RUMAWIP Rumah Wilayah Persekutuan 2020 Online|ADAKAH anda berminat dan berkelayakan membuat permohonan RUMAWIP? Adakah anda ingin memiliki rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan? Apa itu skim RUMAWIP? RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan yang diberikan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Persekutuan RUMAWIP 2020 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi RUMAWIP.

Permohonan RUMAWIP Rumah Wilayah Persekutuan 2018 Online

Selain RUMAWIP, setiap negeri mempunyai skim perumahan sendiri sebagai contoh Rumah Selangorku (Negeri Selangor), Rumah Mampu Milik Johor (Negeri Johor) dan eRumah Penang (Negeri Pulau Pinang).

Permohonan RUMAWIP Rumah Wilayah Persekutuan 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan RUMAWIP beserta syarat kelayakan permohonan:

1. Pemohon perlu melayari Portal Rasmi
    RUMAWIP melalui pautan berikut:
KLIK 👉 RUMAWIP

2. Setelah mendaftar, pemohon perlu
    mengemaskini profil peribadi anda.

Syarat Kelayakan Permohonan RUMAWIP 

Antara syarat kelayakan permohonan RUMAWIP adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan kasar bulanan dibawah RM 10,000 (Bujang) dan RM 15,000 (Suami dan Isteri)
◾Dilahirkan menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

Garis Panduan Permohonan Rumah Persekutuan RUMAWIP

1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah
    mengemaskini profil peribadi mereka.
    Sila klik menu Profil Pemohon

2. Apabila projek telah dibuka untuk
    permohonan, semua pemohon yang telah
    mendaftar akan dimaklumkan melalui
    emel. Sila daftar masuk ke portal
    RUMAWIP menggunakan no kad
    pengenalan dan kata laluan pemohon,
    kemudian klik menu Permohonan.

3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK
    DIPROSES, maka pemohon diminta
    mengemukakan dokumen sokongan
    berikut :
◾Borang permohonan(dicetak dari portal
     RUMAWIP)
◾Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
◾Salinan Kad Pengenalan Pemohon
     (MyKad) pemohon
◾Salinan Kad Pengenalan (MyKad) /
     Pasport Pasangan
◾Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan /
     Surat Cerai / Sijil Kematian
​◾Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau
     penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi
     permohonan tiada slip gaji)
◾Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau
     penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi
     permohonan tiada slip gaji)
◾Penyata KWSP atau Penyata Cukai
     Pendapatan Pemohon bagi permohonan
     yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau
     Penjawat Awam hendaklah
     mengemukakan Penyata Cukai
     Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak
     mencarum KWSP
◾Penyata KWSP atau Penyata Cukai
     Pendapatan Pasangan bagi permohonan
     yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau
     Penjawat Awam hendaklah
     mengemukakan Penyata Cukai
     Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak
      Mmencarum KWSP
◾Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal
     atau dokumen lain sebagai bukti
     kediaman (mandatori)
◾Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
◾Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan /
     Anak (jika berkaitan)
◾Surat Pengesahan Majikan Pemohon
◾Surat Pengesahan Majikan Pasangan
◾Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah
     yang dimiliki (jika berkaitan)

4. Senarai nama permohon yang berjaya
    akan diserahkan kepada pemaju yang   
    terbabit untuk mengeluarkan Surat
    Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya
    pemohon akan berurusan dengan
    pemaju sehingga pemohon berjaya
    menduduki rumah yang dipohon.

5. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal
    RUMAWIP untuk menyemak status
    permohonan semasa.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Unit Rumah Wilayah Persekutuan,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000/ 03-8892 3633/ 03-8892 3634/ 03-8889 7637

Selamat membuat permohonan Rumah Persekutuan RUMAWIP 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.