Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) 2020 Online



Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) 2020 Online|APA itu SP1M? SP1M adalah singkatan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (cth: pemandu teksi, penjaja, suri rumah dan nelayan) mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Berita baik untuk anda, kini SP1M akan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM 250 setahun kepada yang layak.

Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) 2018 Online

Mulai 1 Januari 2018, kadar syer caruman KWSP telah meningkat daripada 8% kepada 11%. Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.

Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) 2020 Online

Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:

a) Menggunakan Borang Permohonan 
    Pilihan Skim Simpanan Persaraan 
    1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh
    diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman
    Web Rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP
    atau melalui mel.

Golongan Yang Bekerja Sendiri dan Tiada Pendapatan Tetap

Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah: 

• Petani/ nelayan/ pemandu teksi
• Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar
  malam/ peniaga uptown
• Baby-sitter
• Ejen menerima komisyen (cth: ejen
  insurans, ejen hartanah)
• Freelancer (cth: menerima bayaran
   selepas memberi perkhidmatan sebagai
   deejay, penyanyi, pelakon, fitness
   instructor, perunding)
• Pemilik perniagaan (pemilik
   tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan
   menjual barangan/perkhidmatan
• Pemilik perniagaan dalam talian (online
   business)
• Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan,
   doktor, peguam)
• Surirumah
• Pekerja Berpencen

Syarat Kelayakan Permohonan SP1M

a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya
     mana-mana orang yang melakukan
     sesuatu pekerjaan yang mendatangkan
     hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan
     Persaraan 1Malaysia menggunakan
     Borang KWSP 16G(1M).

Cara Bayaran Caruman SP1M

Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:

a) Menggunakan Borang Bayaran 
     Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang
     boleh diperolehi di mana-mana Kaunter
     KWSP atau Laman Web KWSP
     (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah
    diserahkan bersama tunai/cek di kaunter
    KWSP/mel atau di kaunter ejen bank
    yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan
    BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB.

Cara Hubungi

Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari laman web KWSP atau hubungi pusat panggilan kami di 03-8922 6000.

Semoga perkongsian permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) ini bermanfaat buat anda semua!

3 comments:

  1. Dapat RM250 setahun. Macam menarik pula. Nak try tengok-tengok nanti.

    Thanks sharing.

    ReplyDelete
  2. Kalau media dekat Singapore ,layak tak apply SP1M in.

    ReplyDelete
  3. Kalau media dekat Singapore ,layak tak apply SP1M in.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.