Permohonan Biasiswa MyBrain15 2020 Online



Permohonan Biasiswa MyBrain15 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan biasiswa MyBrain15 KPM 2019 bibuka? Adakah anda masih tercari tajaan untuk pembiayaan pengajian anda? Perhatian buat anda yang sedang atau ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD). Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa MyBrain15 2019 dijangka dibuka secara online pada bulan Januari 2019.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 Online

Sedia maklum, biasiswa MyBrain15 terbahagi kepada DUA iaitu MyMaster bagi peringkat Ijazah Sarjana dan MyPHD bagi peringkat Kedoktoran. Bagi yang ingin memohon Biasiswa MyBrainSc 2018, sila rujuk DISINI.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan permohonan:

◾ Tarikh Dibuka: -
◾ Tarikh Ditutup: -
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2

Cara Permohonan Biasiswa MyBrain15 2020

1. Pemohon perlu layari secara online
    melalui laman web MyBrain15:
KLIK: 👉 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2

2. Permohonan perlu dibuat secara atas
    talian sepenuhnya dengan klik menu
    LOG MASUK di atas, dan mendaftar
    sebagai pengguna sistem. Permohonan
    secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan
    rancangan penyelidikan (proposal) telah
    dipersetujui dan disahkan oleh penyelia.
    Pengesahan perlu dibuat pada muka
    surat pertama rancangan penyelidikan
    tersebut.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi
    dan memuat naik Borang Pengesahan
    Maklumat Pemohon melalui
    permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang
    disertakan perlu diimbas (scan) dari
    dokumen asal dan disimpan dalam
    format imej (JPEG) atau PDF dan perlu
    dimuatnaik (upload) dalam sistem
    permohonan atas talian ini.

6. Dokumen sokongan yang perlu
    dimuatnaik adalah seperti berikut:

1. Gambar berukuran passport JPG 200KB
2. Salinan kad pengenalan pemohon (depan
    dan belakang) PDF 280KB
3. Rancangan penyelidikan (proposal) yang
    disahkan oleh penyelia (muat turun
    format di Lampiran A (Pemohon yang
    mengikuti pengajian secara Mod
    Penyelidikan sahaja) PDF 300KB
4. Salinan transkrip akademik di peringkat
    Ijazah Sarjana PDF 400KB
5. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT,
    dan pindaan surat tawaran (jika
    berkenaan) PDF 200KB
6. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon
    PDF

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa MyBrain15 

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa MyBrain15 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1
    Januari 2018

3. Pemohon mestilah:
i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau

ii. Kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS); atau

iii. Kakitangan kerajaan / badan berkanun / IPTA yang berstatus kontrak / sambilan / sementara.

4. Pemohon yang bekerja di luar negara
    tidak layak memohon.

5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana
    atau setaraf semasa memohon MyMaster.

6. Pemohon mestilah memenuhi syarat
    kelayakan akademik seperti berikut:

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara; atau

ii. Mendapatkan Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan
    telah menerima surat tawaran tidak
    bersyarat daripada IPT atau telah
    memulakan pengajian di IPT. Baki
    pengajian semasa menerima tawaran
    mestilah sekurang-kurangnya 12 bulan
    dari tarikh daftar di IPT.Pengajian
    mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau
    sijil profesional yang setaraf dengan
    Ijazah Sarjana sahaja.

8. Pemohon tidak menerima pembiayaan
    lain daripada mana-mana pihak untuk
    melanjutkan pengajian di peringkat yang
    sama, kecuali yang dibenarkan sahaja
    seperti berikut:

i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

ii. Pemohon kategori kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

iii. Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh
    pemohon adalah secara sepenuh masa
    sahaja.

10. Kategori penajaan hanya dibuka bagi
      pengajian mod pengajian secara
      Penyelidikan dan Campuran (Kerja
      Kursus dan tesis) sahaja.

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian
      dalam semua bidang sama ada di
      Universiti Awam atau IPTS seperti
      dalam senarai.

Selamat membuat permohonan Biasiswa MyBrain15 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran!

No comments

Powered by Blogger.