Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2022 Online (Semakan Status)
Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2022 Online (Semakan Status)|ANDA berminat memohon Skim Pinjaman Perumahan tahun 2022? Bagaimana cara memohon Skim Pinjaman Perumahan (SPP) secara online? Berita baik buat anda yang berpendapatan rendah dan masih belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2022 bagi nilai pinjaman maksimum RM 60,000 telah dibuka mulai 1 Januari 2018.
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.
Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2022 Online (Semakan Status)
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.
Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2022 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) dan syarat pinjaman:
Cara Permohonan Skim Pinjaman Perumahan 2022 Online
1. Pemohon perlu layari Laman Web
Jabatan Perumahan Negara melalui
pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan
2. Isikan maklumat borang di ruangan
disediakan dengan lengkap.
3. Setelah siap diisi, hantarkan borang
permohonan ke Alamat seperti berikut:
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Syarat Pinjaman
1. Syarat Kelayakan Permohonan
a. Pemohon dan pasangan adalah
warganegara Malaysia
b. Berumur 21 hingga 70 tahun
c. Bekerja dan mempunyai pendapatan
d. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara
(termasuk pasangan)
e. Pemohon dan pasangan belum
mempunyai rumah
f. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di
antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00
sebulan
g. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik
ahli keluarga terdekat
2. Syarat Pinjaman
a. Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00
(tidak termasuk perlindungan insuran)
b. Tempoh maksimum bayaran balik
pinjaman 35 tahun atau sehingga umur
70 tahun.
c. Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
d. Perlu mengambil perlindungan insuran
yang disediakan oleh Panel Insuran,
Jabatan Perumahan Negara ke atas
rumah yang dibina
3. Syarat Pinjaman Generasi Kedua
a. Pilihan pinjaman 2 generasi bagi
pemohon yang berumur 45 tahun hingga
70 tahun dengan syarat penama kedua
berumur 21 hingga 35 tahun,
berpendapatan minimum RM1000.00 dan
bukan kakitangan kerajaan.
b. Perlindungan insuran hanya untuk
generasi kedua sahaja
c. Generasi ke-2 mestilah anak kandung
kepada pemohon
4. Syarat Cagaran Tanah
a. Mencagar tanah milik peminjam atau
tanah milik ahli keluarga terdekat
dengan kebenaran bertulis pemilik
tanah.
b. Nilai tanah (berdasarkan penilaian
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta)
yang dicagar tidak kurang daripada
jumlah pinjaman.
c. Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu
mematuhi syarat berikut;
d. Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar
sekurang-kurangnya 40 tahun.
e. Mendapat kebenaran mencagar tanah
daripada Pihak Berkuasa Negeri
5. Syarat Pembinaan Rumah
a. Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 –
1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3
bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan
dapur.
b. Diberi pilihan untuk menggunakan
pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan
Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
c. Pemohon TIDAK boleh menggunakan
pelan sendiri
d. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika
diperlukan
e. Perlantikan kontraktor diuruskan oleh
peminjam dan kontraktor tersebut:-
f. Kontraktor tempatan mengikut kawasan
DUN;
g. Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau
Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih
sah;
h. Memiliki punca kewangan yang
mencukupi dengan had minima
kewangan adalah RM5,000
i. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan
bidang pembinaan
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my
Selamat membuat Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2022 secara online! Semoga anda berjaya membuat permohonan SPP!
Post a Comment