Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022 Online
Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022 Online|PANDUAN buat anda yang ingin membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022 bakal dibuka secara online pada 1 Jun 2019 hingga 30 Ogos 2019 melalui Portal Rasmi e-Pinjaman Penuntut.
Sedia maklum, Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang. Permohonan ini dibuka bagi pengajian Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda dan PHD.
Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022 Online
Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan cara permohonan Bantuan Pendidikan Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan:Tarikh Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022
◾Tarikh Dibuka: -◾Tarikh Ditutup: -
Cara Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022
1. Permohonan boleh dibuat secara onlinemelalui Laman Web seperti berikut:
KLIK 👉 https://epp.penang.gov.my/
2. Sila pastikan anda mengisi permohonan
pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas
pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3
HARI dari tarikh pendaftaran dibuat.
3. Sila CETAK borang permohonan yang
telah diisi beserta dokumen-dokumen
berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2
MINGGU dari tarikh permohonan
dihantar secara online ke alamat berikut:
LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT
NEGERI PULAU PINANG,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG
Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2022
Antara syarat permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:◾Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
◾Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. ◾Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
◾Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
◾Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
◾Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
◾Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/ MARA/ JPA/ Mybrain dan sebagainya).
◾Permohonan adalah secara online.
Dokumen Penting Yang Diperlukan
Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA / IPTS)
3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial) Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
5. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
6. Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
7. Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
8. Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal / Semester (Jika Ada)
9. Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.Selamat membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang tahun 2022 secara online!
Post a Comment