Permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2023 Online



Permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2023 Online|PANDUAN buat anda warga Selangor yang berpendapatan rendah dan ingin mendapatkan khidmat rawatan jantung secara percuma. Untuk makluman anda, permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Peduli Sihat. Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor tahun 2023 Online buat panduan anda.

Permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2018 Online

Skim Rawatan Jantung Selangor akan dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Program ini akan dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang akan bertindak selaku Third Party Administrator (TPA).

Permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor beserta syarat kelayakan permohonan:

KATEGORI A

1. Pemohon perlu mendaftar sebagai ahli Skim Peduli Sihat (Jika masih belum mendaftar).

2. Pesakit mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel.

3. Emel surut rujukan doktor ke SELCARE gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

4. SELCARE akan memproses Surat Jaminan (GL) dan memaklumkan kepada pesakit tarikh rawatan di IJN.

5. Pesakit ke IJN membawa Kad Pengenalan untuk mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke IJN)

KATEGORI B

1. Muat turun borang permohonan di SINI.

2. Hantar borang dan dokumen yang lengkap kepada SELCARE atau email ke gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

3. SELCARE akan menghubungi pesakit atau penama setelah kelulusan diperolehi.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor adalah:

KATEGORI A: Ahli Skim Peduli Sihat

◾Warganegara Malaysia dan lahir atau telah menetap di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
◾Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah
◾Had Pembiayaan:
1. Saringan Jantung
2. Prosedur Rawatan
3. Sesi susulan (maksima 2 kali)

KATEGORI B: Berpendapatan Isi Rumah Diantara RM 3,000 hingga RM 8,000

◾Warganegara Malaysia dan lahir atau telah menetap di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
◾Diantara RM 3,000 ke RM8,000 sebulan
◾Skim ini adalah bantuan tambahan daripada bantuan sedia ada oleh pemohon/pesakit

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

SELGATE Corporation Sdn Bhd. (1204550-P)
No Telefon: 03 - 5525 6600
No Faks: 03 - 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com

Selamat membuat permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.