Pendaftaran Haji Guna KWSP Tanpa Deposit



Pendaftaran Haji Guna KWSP Tanpa Deposit|ANDA ingin membuat pendaftaran haji? Panduan buat anda yang ingin mendaftar Haji di Tabung Haji dengan menggunakan simpanan KWSP. Berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012, anda boleh membuat pendaftaran Haji menggunakan simpanan KWSP. Berikut dikongsikan cara pendaftaran Haji menggunakan KWSP buat panduan anda.

Pendaftaran Haji Guna KWSP Tanpa Deposit

Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji. Kemudahan ini tidak melibatkan sebarang pengeluaran wang simpanan KWSP.


Pendaftaran Haji Guna KWSP Tanpa Deposit

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara pendaftaran Haji serta syarat kelayakan:

1. Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam.

2. Kemukakan permohonan dengan menggunakan MyKad dan Penyata Ahli KWSP.

Syarat Kelayakan Pendaftaran Haji Ahli KWSP 

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung
Haji

Nota:
Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.

Artikel Berkaitan:

👉 Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji
👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji 2019

Cara Hubungi

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:

a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my

Semoga perkongsian Pendaftaran Haji Guna KWSP Tanpa Deposit ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.