Permohonan Rumah PPR Kelantan 2022 Online



Permohonan Rumah PPR Kelantan 2022 Online|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun 2022? Panduan buat anda yang belum memiliki rumah sendiri dan golongan berpendapatan rendah (B40) RM 2,500 kebawah sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah PPR Kelantan 2022 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara.

Permohonan Rumah PPR Kelantan 2018 Online

Sedia maklum, Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40). Program Perumahan Rakyat terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Permohonan Rumah PPR Kelantan 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Rumah PPR Kelantan termasuk syarat kelayakan permohonan beserta ciri-ciri rumah:

Cara Permohonan Rumah PPR Kelantan 2022 Online

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 KELANTAN DARUL NAIM

Syarat Kelayakan Permohonan PPR Kelantan 2022

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program Perumahan Rakyat PPR Kelantan:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
◾Pemohon yang belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat

Antara ciri-ciri Rumah PPR adalah seperti berikut:

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat PPR Kelantan 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Rumah PPR!

8 comments:

  1. Macam cara memohon rumah ppr ni..

    ReplyDelete
  2. Bulan12 2019 lagi hantar borang PPR nie..sampai skrang xde apa2 berita lagi..saya ada cek status permohonan,tpi tertulis pemohon tidak wujuh..tak Thu macam mana

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak aply rumah ppr ni ..

    ReplyDelete
  4. Salam sya Salah satugolngan b40bk tnya MCMna klu sya nk apply rumah PPR nieapa 2blh hubungi sya 0189891951

    ReplyDelete
  5. Mcm mne utk pohon rumah ppr ni.....tlg sapa2 yg berkenaan.??

    ReplyDelete
  6. AnonymousJuly 27, 2021

    Sy dri tahun lepas mohon tp no respon . Hm ssahnya tkde tmpt tnggal

    ReplyDelete
  7. Saya dah mohon tapi tak dapat-dapat lagi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.