Permohonan Rumah PPR Sabah 2022 Online



Permohonan Rumah PPR Sabah 2022 Online|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun 2022? Panduan buat anda yang belum memiliki rumah sendiri dan golongan berpendapatan rendah (B40) RM 2,500 kebawah sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah PPR Sabah 2022 kini boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi KPKT. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rumah PPR Sabah 2022 buat rujukan anda.

Permohonan Rumah PPR Sabah 2018 Online

Sedia maklum, Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40). Program Perumahan Rakyat terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Permohonan Rumah PPR Sabah 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Rumah PPR Sabah termasuk syarat kelayakan permohonan dan ciri-ciri rumah:

Cara Permohonan Rumah PPR Sabah 2022 Online

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 SABAH

Syarat Kelayakan Permohonan PPR Sabah 2022

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program Perumahan Rakyat PPR Sabah:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
◾Pemohon yang belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat

Antara ciri-ciri Rumah PPR adalah seperti berikut:

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 70 kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat PPR Sabah 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Rumah PPR!

13 comments:

  1. Selamat petang... Boleh Tanya macam mana mahu apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamat patang bole bole Tanya macam mana mau apply ruma ppr nie

      Delete
  2. How to apply this program

    ReplyDelete
  3. Boleh tanya cara nak apply
    Sya ketegori b40

    ReplyDelete
  4. Saya dri sabah nak sangat memohon untk bagiana tpi Tak tau dkat mana

    ReplyDelete
  5. Adakah status bankrupsi bole memohon

    ReplyDelete
  6. Bole sya tanya klau umur 19 tahun bole apply kea

    ReplyDelete
  7. bagaimana untuk memohon
    harap harap dpt la kali ini utk golongan B40 yg sgt memerlukan..

    ReplyDelete
  8. bagaimana untuk memohon
    harap harap dpt la kali ini utk golongan B40 yg sgt memerlukan..

    ReplyDelete
  9. Aduhhh Tak kn mahu pkai orng dlam lgi.. tolong la

    ReplyDelete
  10. Sakam sy dari golong daftar dgn ekasih boleh sy memohon?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.