Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2021



Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2021|ADAKAH anda pernah membuat pinjaman PTPTN? Adakah anda telah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN tahun 2021? Panduan buat anda yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Untuk makluman anda, peminjam PTPTN layak mendapat potongan sebanyak 15% diskaun bagi Penyelesaian Penuh Pinjaman atau 12% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Berikut dikongsikan Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2021 buat rujukan anda.

Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2019

Sedia umum, bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) WAJIB melakukan pembayaran balik dan tiada lagi tangguhan akan dikenakan. Menerusi Bajet Malaysia 2022, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November hingga 30 April 2022.

Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kadar diskaun dan cara bayaran balik pinjaman PTPTN tahun 2021:

Cara Bayaran Balik Diskaun PTPTN 2021

Berikut dikongsikan DUA cara pembayaran balik diskaun PTPTN:

1. Pembayaran balik boleh dilakukan melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tunai mahupun online asalkan ianya dibuat mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

2. Bagi peminjam yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuat bayaran hutang PTPTN, anda boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik melalui Akaun 2 KWSP.

Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2021

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Baki PTPTN Online dan SMS
👉 Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2021

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my

Semoga perkongsian Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.