Permohonan Bantuan JKM 2022 Online (Borang)



Permohonan Bantuan JKM 2022 Online (Borang)|ADAKAH anda ingin membuat permohonan Bantuan JKM sebagai bantuan kewangan anda? Perhatian buat anda yang ingin dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan JKM 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi JKM.

Permohonan Bantuan JKM 2019 Online

Sedia maklum, Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKMM termasuklah kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, keganasan rumah tangga, orang papa/fakir
dan mangsa bencana.

Permohonan Bantuan JKM 2022 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan JKM beserta borang permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Bantuan JKM 2022 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi JKM
    secara online menerusi pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 http://spbk.jkm.gov.my

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik
    pada butang 'Daftar'.

3. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan
    Masyarakat mengikut Daerah mana yang
    dipohon dalam tempoh 14 hari dari
    permohonan dibuat diatas talian.

4. Kegagalan berbuat demikian sistem akan
    membatalkan permohonan tersebut
    secara automatik.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

i) Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
ii) Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
iii) Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
iv) Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
v) Salah satu Bil Utiliti (air/ elektik/ telefon/ astro)
vi) Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Bantuan JKM 2022

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Aras 6, 9 - 18
No 55, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100 Putrajaya
E-mel : helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

Selamat membuat permohonan Bantuan JKM 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan JKM!

5 comments:

  1. Saya zamzarina zahari pernah memohon bantuan ibu tunggal tp xthu la..sedangkan sy terpaksa menanggung 4org anak yg bersekolah..2org sek.men dan 2org sek.ren..memerlukan perbelanjaan yg besar tanpa bantuan bekas suami..hanya menumpang hidup n bantuan dr orgtua je..tolong la saya

    ReplyDelete
  2. Kenaper bantuan bulanan utk October belum masuk....insan keliru....

    ReplyDelete
  3. Setiap Brapa hb duit elaun oku masuk....?

    ReplyDelete
  4. Bila duit bantuan oku masok

    ReplyDelete
  5. Saya mempunyai 4 org ank..1 skolah darjah 3 dn 3 org lg msih mnyusu dan pmpers..saya nak isi borang tok bntuan ank2 tp tak tahu mcmne cranya..ada tak yg bleh tolongkn..harap maaf terima kasih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.