Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2022 Online (Semakan Status)|ADAKAH anda ingin membuat permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome? Berita baik buat golongan bujang atau telah berkahwin berumur 21 hingga 45 tahun yang belum masih memiliki rumah pertama sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2022 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2019 Online

Sedia maklum, Skim Perumahan Belia dibawah BSN MyHome adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. BSN menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga pembelian untuk membiayai insurans.

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2022

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi BSN secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.mybsn.com.my

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2022

Antara syarat kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun
2. Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan
3. Pemilikan Hartanah Pertama sahaja
4. Pemegang Akaun BSN GIRO/ GIRO-i

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Salinan kad pengenalan
◾Sijil perkahwinan yang sah
◾Pemohon bekerja tetap/ pemohon bersama (pasangan sahaja)
- Penyata bank terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
- Slip gaji dan penyata bank terkini untuk tempoh enam (6) bulan
- Penyata KWSP
◾Pemohon bekerja sendiri/ pemohon bersama (pasangan sahaja)
- Pendaftaran perniagaan
- Borang B/ BE + Resit LHDN
- Penyata kewangan syarikat
- Penyata bank syarikat untuk tempoh 6 bulan
- Dokumen lain iaitu laporan lawatan tapak i.e dll.
◾Bukti pembelian yang mengandungi salinan Perjanjian Jual Beli Harta (S & P), yang telah dicop.
◾Satu salinan laporan penilaian (untuk pembelian harta yang lengkap daripada individu / bukan pemaju) penilai panel BSN

Semakan Status Skim Perumahan Belia BSN 2022

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai BSN MyHome, sila rujuk Laman Web Rasmi BSN di www.mybsn.com.my.

Selamat membuat permohanan Skim Perumahan Belia BSN MyHome secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Perumahan Belia BSN MyHome!

No comments

Powered by Blogger.